Antarabangsa
Tangani peningkatan kebencian terhadap Islam, Masjid di Louisville anjur rumah terbuka
Susulan insiden kebencian terhadap umat Islam semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS) sejak perang antara Israel dan Hamas bermula, sebuah masjid di Louisville berusaha menangani isu itu dengan keamanan dan pendidikan buat orang ramai.
- Susulan insiden kebencian terhadap umat Islam semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS) sejak perang antara Israel dan Hamas bermula, sebuah masjid di Louisville berusaha menangani isu itu dengan keamanan dan pendidikan buat orang ramai.
- Masjid Al-Nur menganjurkan rumah terbuka pada 2 Mac lalu untuk mendidik orang ramai tentang Islamofobia dan mengajar individu beragama lain berkenaan kebenaran agama Islam.
- Majlis Hubungan Amerika-Islam melaporkan peningkatan hampir 200 peratus dalam aduan sejak perang itu bermula.
Susulan insiden kebencian terhadap umat Islam semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS) sejak perang antara Israel dan Hamas bermula, sebuah masjid di Louisville berusaha menangani isu itu dengan keamanan dan pendidikan buat orang ramai.
Masjid Al-Nur menganjurkan rumah terbuka pada 2 Mac lalu untuk mendidik orang ramai tentang Islamofobia dan mengajar individu beragama lain berkenaan kebenaran agama Islam.
Majlis Hubungan Amerika-Islam melaporkan peningkatan hampir 200 peratus dalam aduan sejak perang itu bermula.
Awal minggu lalu, WAVE bercakap dengan Pengarah GainPeace, Dr Sabeel Ahmed berkenaan dengan alasan kenapa mereka mahu melakukan usaha itu.
“Terdapat banyak salah tanggapan orang ramai terhadap Islam.
“Jadi kami akan memberi lebih masa untuk orang ramai bertanyakan soalan ketika mereka datang, mengenai syariah dan jihad serta tentang apa yang berlaku di Palestin. Orang berfikir orang Islam dan Yahudi saling membenci, perang abadi. Itu bukan kesnya,” kata Dr Sabeel Ahmed.
Setiap pengunjung ke masjid itu akan menerima al-Quran, bahan bacaan lain mengenai Islam dan risalah mengenai bagaimana Muslim dan Yahudi bekerjasama di masa lalu. — The Merdeka Times