Connect with us

Antarabangsa

Russia anggap Islamofobia satu bentuk rasisme yang tidak boleh diterima

Russia anggap Islamofobia “satu bentuk rasisme yang tidak boleh diterima,” kata jurucakap Kementerian Luar Russia Maria Zakharova pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova.
  • Russia anggap Islamofobia “satu bentuk rasisme yang tidak boleh diterima,” kata jurucakap Kementerian Luar Russia Maria Zakharova pada Rabu.
  • Bercakap pada sidang akhbar di Moscow, Zakharova berkata Russia bersolidariti dengan pendekatan negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam isu ini.
  • “Kami menentang diskriminasi dan gangguan ke atas orang Islam atas alasan pegangan agama dan untuk memastikan kebebasan beragama bukan sahaja berdasarkan penghormatan hak individu semata-mata tetapi juga hak bersama penganutnya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
  • Zakharova minggu lalu menyelar Islamofobia di Eropah dalam Perhimpunan Parlimen Majlis Eropah dengan mengatakan ia telah mencapai “skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.” 

Russia anggap Islamofobia “satu bentuk rasisme yang tidak boleh diterima,” kata jurucakap Kementerian Luar Russia Maria Zakharova pada Rabu.

Bercakap pada sidang akhbar di Moscow, Zakharova berkata Russia bersolidariti dengan pendekatan negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam isu ini.

“Kami menentang diskriminasi dan gangguan ke atas orang Islam atas alasan pegangan agama dan untuk memastikan kebebasan beragama bukan sahaja berdasarkan penghormatan hak individu semata-mata tetapi juga hak bersama penganutnya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.

Zakharova turut menyatakan sokongan Russia terhadap draf resolusi negara-negara Islam di PBB yang bertajuk “Langkah-langkah Memerangi Islamophobia”.

Ia didedikasikan untuk Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia yang disambut setiap tahun pada 15 Mac.

Resolusi itu menetapkan penghormatan terhadap Islam sebagai komponen prinsip kepelbagaian budaya dan agama dan juga memperuntukkan penubuhan mandat Duta Khas PBB untuk memerangi bentuk intoleransi agama sebegini, maklum Zakharova.

“Russia adalah penaja bersama draf resolusi itu,” kata jurucakap Kementerian Luar Russia itu.

Minggu lalu, Zakharova menyelar Islamofobia di Eropah dalam Perhimpunan Parlimen Majlis Eropah dengan mengatakan ia telah mencapai “skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.” – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending