Connect with us

Antarabangsa

Protes serangan Israel ke atas Gaza, Houthi nekad perluas operasi dari Laut Merah ke Lautan Hindi

Kumpulan Houthi akan memperluaskan operasi serangan terhadap kapal ada kaitan dengan Israel yang cuba melalui Lautan Hindi menuju ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan, kata Abdul Malik al-Houthi.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Houthi akan memperluaskan operasi serangan terhadap kapal ada kaitan dengan Israel yang cuba melalui Lautan Hindi menuju ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan, kata Abdul Malik al-Houthi.
  • Setakat minggu lalu, 73 kapal telah menjadi sasaran sejak permulaan operasi di Laut Merah, kata pemimpin Houthi Yaman itu dipetik Palestine Chronicle pada 14 Mac lalu.
  • Pemimpin Houthi itu turut mengumumkan 34 anggota Ansarallah terbunuh sejak permulaan operasi yang menyasarkan kapal maritim yang ada kaitan dengan Israel sebagai protes kepada serangan rejim zionis ke atas Gaza, Palestin.
  • Al-Houthi mengecam serangan berterusan Israel ke atas Gaza dengan mengatakan rejim zionis sedang melakukan “jenayah abad ini” dengan penglibatan Amerika Syarikat (AS), Barat dan negara-negara Arab.

Kumpulan Houthi akan memperluaskan operasi serangan terhadap kapal ada kaitan dengan Israel yang cuba melalui Lautan Hindi menuju ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan, kata Abdul Malik al-Houthi.

Setakat minggu lalu, 73 kapal telah menjadi sasaran sejak permulaan operasi di Laut Merah, kata pemimpin Houthi Yaman itu dipetik Palestine Chronicle pada 14 Mac lalu.

Beliau berikrar meluaskan jangkauan serangan ke “satu tahap yang tidak akan dijangka musuh” dan memaklumkan operasi Ansarallah (Houthi Yaman) melibatkan 58 peluru berpandu balistik dan dron.

Pemimpin Houthi itu turut mengumumkan 34 anggota Ansarallah terbunuh sejak permulaan operasi yang menyasarkan kapal maritim yang ada kaitan dengan Israel sebagai protes kepada serangan rejim zionis ke atas Gaza, Palestin.

Al-Houthi mengecam serangan berterusan Israel ke atas Gaza dengan mengatakan rejim zionis sedang melakukan “jenayah abad ini” dengan penglibatan Amerika Syarikat (AS), Barat dan negara-negara Arab.

Sebagai tindak balas, AS dan Britain dengan pakatan beberapa negara lain melancarkan operasi ketenteraan terhadap Houthi bermula 11 Januari lalu.

Pakatan Operation Prosperity Guardian diketuai AS itu berkata serangan udara mereka bertujuan melemahkan keupayaan Houthi yang mengancam pelayaran maritim di Laut Merah.

Beberapa syarikat perkapalan antarabangsa menghentikan atau mengalih operasi di Laut Merah untuk mengelak serangan Houthi, kecuali beberapa pihak seperti dari China yang diberikan laluan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending