Connect with us

Terkini

Pemilik The Merdeka Times sahkan dipanggil polis berhubung artikel Kok Seong

Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung mengesahkan dihubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang meminta memberi kenyataan berhubung laporan artikel dikeluarkannya membabitkan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Pemilik The Merdeka Times sahkan dipanggil polis berhubung artikel Kok Seong
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung mengesahkan dihubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang meminta memberi kenyataan berhubung laporan artikel dikeluarkannya membabitkan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, baru-baru ini.
  • Firdaus Wong berkata beliau akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pemilik TMT yang melaporkan kenyataan Kok Seong sehinggakan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok melabel kenyataan ahli akademik itu sebagai hasutan dan rasis.
  • Katanya, beliau akan memberi kenyataan kepada PDRM minggu depan.
  • “Saya dan The Merdeka Times akan mempertahankan kenyataan Prof Datuk Dr Teo yang merupakan fakta. Cina Muslim mempertahankan Cina Belum Muslim. Di mana rasisnya.
  • “Majoriti ahli politik Melayu masih belum bersuara mempertahankan kenyataan Prof Datuk Dr Teo dan ini sangat mengecewakan!,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini dan turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, “Teresa Kok label Profesor Teo Kok Seong rasis, desak KPT, PDRM ambil tindakan”.
  • Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.
  • Ini susulan Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes, mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya hingga menyebabkan mereka enggan berintegrasi dan mempelajari bahasa Melayu.
  • Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

KUALA LUMPUR — Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung mengesahkan dihubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang meminta memberi kenyataan berhubung laporan artikel dikeluarkannya membabitkan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, baru-baru ini.

Firdaus Wong berkata beliau akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pemilik TMT yang melaporkan kenyataan Kok Seong sehinggakan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok melabel kenyataan ahli akademik itu sebagai hasutan dan rasis.

Katanya, beliau akan memberi kenyataan kepada PDRM minggu depan.

“Saya dan The Merdeka Times akan mempertahankan kenyataan Prof Datuk Dr Teo yang merupakan fakta. Cina Muslim mempertahankan Cina Belum Muslim. Di mana rasisnya.

“Majoriti ahli politik Melayu masih belum bersuara mempertahankan kenyataan Prof Datuk Dr Teo dan ini sangat mengecewakan!

“Seorang ahli akademik berbangsa Cina belum Muslim mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara tetapi ahli politik Melayu Muslim takut mempertahankannya?

“Kerana apa? Kerana takut hilang undi? Takut hilang kerusi?,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini dan turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, “Teresa Kok label Profesor Teo Kok Seong rasis, desak KPT, PDRM ambil tindakan”.

Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

Ini susulan Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes, mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya hingga menyebabkan mereka enggan berintegrasi dan mempelajari bahasa Melayu.

Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

Beliau tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum.

Menafikan kenyataan Kok Seong itu, Teresa Kok menggesa PDRM mengambil tindakan terhadap Kok Seong yang disifatkannya sebagai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Kok Seong bagaimanapun mempertahankan kenyataan beliau dengan mengatakan isu berkenaan bangsa Cina adalah hakikat sebenar yang seharusnya masyarakat tahu supaya masalah yang timbul hari ini dapat difahami dan diselesaikan.

Beliau turut mengakui mempunyai bukti seperti apa dinyatakan berhubung isu tersebut.

Malah laporan polis dibuat pada tahun lalu mengenai satu kumpulan sembang atau group WhatsApp masyarakat Cina yang didakwa menghina bangsa Melayu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *