Connect with us

Antarabangsa

Israel perlu tamatkan masalah di Gaza – Trump

Pendahulu calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menzahirkan sokongannya terhadap Israel dalam isu peperangan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Israel perlu tamatkan masalah di Gaza – Trump
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Pendahulu calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump (kanan).
  • Pendahulu calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menzahirkan sokongannya terhadap Israel dalam isu peperangan di Gaza.
  • Komennya berkenaan peperangan itu dilakukan dalam keadaan tekanan antarabangsa semakin meningkat ke atas Washington untuk mengekang sekutunya yang mana lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh berikutan serangan rejim zionis itu.
  • “Ya,” jawab Trump apabila ditanya dalam wawancara Fox News sama ada dia berada “di kem Israel” dipetik The New Arab.
  • Pewawancara kemudian bertanya sama ada bekas presiden itu “sehaluan” dengan cara Israel melaksanakan serangannya di Gaza dan dijawab Trump, “You’ve got to finish the problem (Israel kena tamatkan masalah ini)”.
  • Presiden Joe Biden yang akan dicabar Trump pada November ini semakin mendapat kecaman peringkat antarabangsa, termasuk dalam kalangan kem Demokratnya sendiri.

Pendahulu calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menzahirkan sokongannya terhadap Israel dalam isu peperangan di Gaza.

Komennya berkenaan peperangan itu dilakukan dalam keadaan tekanan antarabangsa semakin meningkat ke atas Washington untuk mengekang sekutunya yang mana lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh berikutan serangan rejim zionis itu.

“Ya,” jawab Trump apabila ditanya dalam wawancara Fox News sama ada dia berada “di kem Israel” dipetik The New Arab.

Pewawancara kemudian bertanya sama ada bekas presiden itu “sehaluan” dengan cara Israel melaksanakan serangannya di Gaza dan dijawab Trump, “You’ve got to finish the problem (Israel kena tamatkan masalah ini)”.

Presiden Joe Biden yang akan dicabar Trump pada November ini semakin mendapat kecaman peringkat antarabangsa, termasuk dalam kalangan kem Demokratnya sendiri.

Ini berikutan sokongan berterusan Biden kepada Israel ketika angka kematian dan kebuluran di Gaza semakin meningkat.

Gerakan protes AS menggesa pengundi menghukum Biden pada pilihan raya atas sokongannya kepada Israel.

Dalam keadaan merosot ini, Israel kini menghadapi teguran tajam daripada sekutu utamanya iaitu Amerika Syarikat. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending