Connect with us

Antarabangsa

Houthi larang kapal bendera Israel, AS dan British belayar di Laut Merah, Teluk Aden dan Laut Arab

Kumpulan Houthi Yaman memberi amaran kepada syarikat insurans perkapalan bahawa mana-mana kapal pemilikan penuh atau sebahagiannya oleh individu atau entiti Israel atau kapal berbendera Israel diharamkan dari Laut Merah, Teluk Aden dan Laut Arab.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Kumpulan Houthi Yaman memberi amaran kepada syarikat insurans perkapalan bahawa mana-mana kapal pemilikan penuh atau sebahagiannya oleh individu atau entiti Israel atau kapal berbendera Israel diharamkan dari Laut Merah, Teluk Aden dan Laut Arab.
  • Menurut Reuters, kenyataan dari Pusat Koordinasi Operasi Kemanusiaan Houthi yang dihantar kepada syarikat perkapalan juga berkata kapal dimiliki individu atau entiti Amerika Syarikat (AS) atau British, atau belayar di bawah bendera mereka juga diharamkan.
  • Lewat Khamis, sebuah kapal kargo milik British di Laut Merah dibedil dua peluru berpandu dilancarkan Houthi, mengakibatkan kerosakan dan kecederaan ringan, demikian menurut tentera AS.

Kumpulan Houthi Yaman memberi amaran kepada syarikat insurans perkapalan bahawa mana-mana kapal pemilikan penuh atau sebahagiannya oleh individu atau entiti Israel atau kapal berbendera Israel diharamkan dari Laut Merah, Teluk Aden dan Laut Arab.

Menurut Reuters, kenyataan dari Pusat Koordinasi Operasi Kemanusiaan Houthi yang dihantar kepada syarikat perkapalan juga berkata kapal dimiliki individu atau entiti Amerika Syarikat (AS) atau British, atau belayar di bawah bendera mereka juga diharamkan.

Lewat Khamis, sebuah kapal kargo milik British di Laut Merah dibedil dua peluru berpandu dilancarkan Houthi, mengakibatkan kerosakan dan kecederaan ringan, demikian menurut tentera AS.

Sebelum itu, AS memintas enam dron Houthi di Laut Merah yang disifatkan sebagai ancaman segera kepada AS dan kapal tentera laut bersekutu, umum Pusat Arahan AS melalui satu hantaran di media sosial.

Sekurang-kurangnya 29,410 rakyat Palestin terbunuh dan 69,465 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober. Angka kematian semakan semula di Israel ketika serangan 7 Oktober pula ialah 1,139. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending