Connect with us

Antarabangsa

Dakwa senjata Houthi direka Iran, pakar bimbang keberkesanan tindakan AS di Yaman

Amerika Syarikat (AS) menemukan bukti baharu serangan kumpulan Houthi ke atas perkapalan antarabangsa dilakukan dengan senjata rekaan Iran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amerika Syarikat (AS) menemukan bukti baharu serangan kumpulan Houthi ke atas perkapalan antarabangsa dilakukan dengan senjata rekaan Iran.
  • Beberapa penganalisis dan pakar turut memberi amaran penemuan itu menimbulkan kebimbangan tentang keberkesanan tindakan AS terhadap Houthi selain memberi petunjuk kepada pembangunan senjata Iran.
  • Agensi Perisikan Pertahanan (DIA) pada Selasa mengeluarkan laporan tidak sulit memaparkan butiran dron dan peluru berpandu digunakan Houthi dalam lebih 40 serangan mereka sejak pertengahan November lalu.
  • Laporan itu turut menjelaskan peluru-peluru berpandu Houthi dalam persenjataan mereka yang masih belum digunakan.

Amerika Syarikat (AS) menemukan bukti baharu serangan kumpulan Houthi ke atas perkapalan antarabangsa dilakukan dengan senjata rekaan Iran.

Beberapa penganalisis dan pakar turut memberi amaran penemuan itu menimbulkan kebimbangan tentang keberkesanan tindakan AS terhadap Houthi selain memberi petunjuk kepada pembangunan senjata Iran.

Agensi Perisikan Pertahanan (DIA) pada Selasa mengeluarkan laporan tidak sulit memaparkan butiran dron dan peluru berpandu digunakan Houthi dalam lebih 40 serangan mereka sejak pertengahan November lalu.

Laporan itu turut menjelaskan peluru-peluru berpandu Houthi dalam persenjataan mereka yang masih belum digunakan.

“Analisa mengesahkan pasukan Houthi menggunakan pelbagai peluru berpandu yang berasal dari Iran dan serangan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) terhadap sasaran tentera dan orang awam di seluruh rantau ini,” kata DIA dalam satu kenyataan.

Situasi itu menunjukkan hubungan yang semakin erat di antara kepimpinan Tehran dan Houthi.

Iran secara konsisten menafikan pembekalan senjata canggih kepada Houthi.

“Mereka mempunyai senjata mereka sendiri,” kata Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani dipetik VOA.

“Mereka telah menjalani peperangan selama lapan tahun. Mereka mempunyai banyak pengalaman,” katanya kepada NBC News dalam temu bual disiarkan pada Selasa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending