Connect with us

Antarabangsa

30,000 tentera Israel dapatkan rawatan kesihatan mental sejak Taufan Al-Aqsa

Kira-kira 30,000 tentera Israel menghubungi talian kesihatan mental sejak tercetusnya peperangan di wilayah Gaza 7 Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

30,000 tentera Israel dapatkan rawatan kesihatan mental sejak Taufan Al-Aqsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira 30,000 tentera Israel menghubungi talian kesihatan mental sejak tercetusnya peperangan di wilayah Gaza 7 Oktober lalu, menurut sumber tentera, lapor agensi berita Anadolu.
  • “Sekitar 200 askar dihentikan daripada perkhidmatan ketenteraan disebabkan masalah psikologi dialami” hasil daripada peperangan, tambah kenyataan itu.

Kira-kira 30,000 tentera Israel menghubungi talian kesihatan mental sejak tercetusnya peperangan di wilayah Gaza 7 Oktober lalu.

Menurut agensi berita Anadolu, satu kenyataan dikeluarkan pihak tentera penjajah yang memaklumkan kira-kira 200 askar ditamatkan perkhidmatan ketenteraannya disebabkan masalah psikologi yang dialaminya akibat peperangan.

85 peratus anggota tentera zionis bagaimanapun dilapor telah kembali berkhidmat.

Kor Perubatan tentera Israel merancang untuk merasmikan pusat kesihatan mental baharu bagi askar-askarnya pada hari Khamis, di tengah-tengah kebimbangan tenteranya mengalami kecelaruan stres pasca trauma (PTSD) disebabkan peperangan di Gaza.

Pusat kesihatan mental baharu itu merangkumi klinik untuk merawat PTSD.

Ketua Jabatan Klinikal Tentera bagi Penyakit Mental, Yekhiel Levechitz pada 2 Februari lalu berkata kira-kira 3,000 tentera telah diperiksa pakar kesihatan mental sejak 7 Oktober tahun lalu.

Israel melancarkan serangan maut ke atas wilayah Gaza berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, yang menurut Tel Aviv membunuh hampir 1,200 orang penduduk tanah jajahan haram tersebut.– The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending