Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel curi RM116 juta wang, emas dari Gaza

Tentera rejim penjajah Israel dilaporkan mencuri duit dan emas bernilai kira-kira USD25 juta  (RM116 juta) sejak perang di Gaza pada 7 Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera Israel curi RM116 juta wang, emas dari Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim penjajah Israel dilaporkan mencuri duit dan emas bernilai kira-kira USD25 juta  (RM116 juta) sejak perang di Gaza pada 7 Oktober lalu.
  • Berdasarkan keterangan penduduk di wilayah konflik itu, anggaran kecurian emas, wang dan artifak berharga oleh rejim zionis berjumlah 90 juta Syekel ($24.5 juta) dalam tempoh 92 hari pencerobohan Israel di Gaza.
  • “Pencurian itu dilakukan dengan pelbagai cara, yang pertama adalah di kawasan sempadan, seperti Jalan Salah Al-Din, di mana mereka mencuri daripada penduduk yang berpindah dari bahagian utara Gaza ke selatan, termasuk beg mereka yang mengandungi harta berharga seperti wang, emas dan artifak,” kata Pejabat Media Kerajaan Palestin di Gaza yang dipetik agensi berita Anadolu pada Ahad.

Tentera rejim penjajah Israel dilaporkan mencuri duit dan emas bernilai kira-kira USD25 juta  (RM116 juta) sejak perang di Gaza pada 7 Oktober lalu.

Berdasarkan keterangan penduduk di wilayah konflik itu, anggaran kecurian emas, wang dan artifak berharga oleh rejim zionis berjumlah 90 juta Syekel ($24.5 juta) dalam tempoh 92 hari pencerobohan Israel di Gaza.

“Pencurian itu dilakukan dengan pelbagai cara, yang pertama adalah di kawasan sempadan, seperti Jalan Salah Al-Din, di mana mereka mencuri daripada penduduk yang berpindah dari bahagian utara Gaza ke selatan, termasuk beg mereka yang mengandungi harta berharga seperti wang, emas dan artifak,” kata Pejabat Media Kerajaan Palestin di Gaza yang dipetik agensi berita Anadolu pada Ahad.

Tentera rejim zionis turut dilaporkan memuat naik gambar dan video mengenai aktiviti jenayah mereka di akaun media sosial masing-masing seperti berlaku di bandar Beit Lahia, utara Gaza.

Pihak rejim Israel bagaimanapun belum memberikan sebarang komen berhubung apa yang berlaku. – The Merdeka Times

Sumber: Agensi Anadolu

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending