Connect with us

Terkini

Penerbit, pengarah Mentega Terbang akan didakwa esok

Penerbit filem Mentega Terbang yang dilarang tayang oleh kerajaan akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu kerana “melukakan perasaan agama orang lain”. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penerbit, pengarah Mentega Terbang akan didakwa esok
Foto: Pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar (berbaju hitam) & Penerbit filem Mentega Terbang, Tan Meng Kheng (berbaju oren).
  • Penerbit filem Mentega Terbang yang dilarang tayang oleh kerajaan akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu kerana “melukakan perasaan agama orang lain”. 
  • Tan Meng Kheng menerima saman bertarikh 15 Januari 2024 (semalam) untuk menjawab pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. 
  • Anna Har dari Freedom Film Network memaklumkan kepada FMT bahawa pengarah filem itu, Khairi Anwar juga menerima saman semalam. 
  • Sebelum ini, Meng Kheng dan Khairi memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem kontroversi itu.
  • Media tempatan melaporkan Meng Kheng dan Khairi mendakwa keputusan kerajaan “tidak rasional” kerana melanggar kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Penapisan Filem (larangan) 2023 terhadap filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ yang didapati jelas bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

KUALA LUMPUR – Penerbit filem Mentega Terbang yang dilarang tayang oleh kerajaan akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu kerana “melukakan perasaan agama orang lain”. 

Tan Meng Kheng menerima saman bertarikh 15 Januari 2024 (semalam) untuk menjawab pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. 

Anna Har dari Freedom Film Network memaklumkan kepada FMT bahawa pengarah filem itu, Khairi Anwar juga menerima saman semalam. 

Sebelum ini, Meng Kheng dan Khairi memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem kontroversi itu.

Media tempatan melaporkan Meng Kheng dan Khairi mendakwa keputusan kerajaan “tidak rasional” kerana melanggar kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Penapisan Filem (larangan) 2023 terhadap filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ yang didapati jelas bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

KDN dalam kenyataan  berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan melalui  Warta Kerajaan P.U.(A) 266 bertarikh 1 September 2023.

Larangan itu berikutan filem terbabit didapati bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *