Terkini
Lebih separuh panel farmasi LZS milik bukan Muslim?
Sekurang-kurangnya 12 daripada 19 farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) di daerah Gombak adalah milik bukan Muslim.

KUALA LUMPUR ā Sekurang-kurangnya 12 daripada 19 farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) di daerah Gombak adalah milik bukan Muslim.
Ini bermakna 63 peratus daripada farmasi panel LZS, yang mengendalikan program bantuan perubatan asnaf menggunakan duit zakat orang Islam, membabitkan bukan Muslim.
Ia sekali gus menyaksikan hanya 37 peratus farmasi milik Muslim menjadi farmasi panel LZS di daerah itu yang mana majoriti penduduknya adalah kelompok bumiputera diikuti Cina dan India.
Dapatan itu berdasarkan senarai panel perubatan LZS bagi tahun 2024-2026 yang dilihat dan disemak The Merdeka Times melalui panggilan telefon kepada farmasi-farmasi terbabit.
Difahamkan, senarai farmasi panel itu dikeluarkan LZS pada Disember lalu dan ia berkuat kuasa 1 Januari 2024.Ā
The Merdeka Times memetik kenyataan sumber industri farmasi sebelum ini membangkitkan mengenai persoalan isu LZS yang dilihat tidak mengutamakan farmasi Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf di negeri itu. ā The Merdeka Times
