Antarabangsa
Kecoh penemuan terowong rahsia di rumah ibadat Yahudi
Kekecohan berlaku di dalam rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di New York, Amerika Syarikat pada malam Isnin ketika sekumpulan pelajar menghalang terowong rahsia di situ daripada ditutup.
- Kekecohan berlaku di dalam rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di New York, Amerika Syarikat pada malam Isnin ketika sekumpulan pelajar menghalang terowong rahsia di situ daripada ditutup.
- Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD) mereka dipanggil ke Ibu Pejabat Dunia Chabad-Lubavitch di 770 Eastern Parkway di kawasan kejiranan Crown Heights di Brooklyn pada petang Isnin “selepas sekumpulan individu memasuki ke bangunan itu secara tidak sah dan merosakkan dinding”.
- Rakaman video menunjukkan panel kayu dinding rumah ibadat itu dipecahkan dan kelihatan beberapa individu lelaki berada di ruangan tersebut dengan cubaan menghalang terowong itu ditutup dengan simen.
Kekecohan berlaku di dalam rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di New York, Amerika Syarikat pada malam Isnin ketika sekumpulan pelajar menghalang terowong rahsia di situ daripada ditutup.
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD) mereka dipanggil ke Ibu Pejabat Dunia Chabad-Lubavitch di 770 Eastern Parkway di kawasan kejiranan Crown Heights di Brooklyn pada petang Isnin “selepas sekumpulan individu memasuki ke bangunan itu secara tidak sah dan merosakkan dinding”.
Rakaman video menunjukkan panel kayu dinding rumah ibadat itu dipecahkan dan kelihatan beberapa individu lelaki berada di ruangan tersebut dengan cubaan menghalang terowong itu ditutup dengan simen.
“Pada masa ini, diketahui beberapa individu telah ditahan,” kata Jurucakap NYPD dipetik Newsweek.
Pengarah media gerakan Chabad-Lubavitch, Rabbi Motti Seligson berkata pegawai Chabad-Lubavitch “telah cuba mendapatkan kawalan ke atas premis itu melalui sistem Mahkamah Negeri New York, malangnya proses itu berlarutan selama bertahun-tahun.
“Perkara ini, jelas sekali amat menyusahkan pergerakan Lubavitch dan komuniti Yahudi di seluruh dunia. Kami berharap dan berdoa agar dapat mengembalikan kesucian dan kehormatan tempat suci ini,” katanya.
Beliau turut menyatakan di X bahawa “sebuah lori simen datang untuk membaiki dinding tersebut”.
“Usaha itu diganggu oleh ekstremis yang memecah dinding ke rumah ibadat itu, merosakkan tempat perlindungan, untuk mengekalkan kemasukan tanpa kebenaran. Sejak mereka ditangkap bangunan itu ditutup sementara menunggu semakan keselamatan struktur,” katanya. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Lebih 2,000 terbunuh di Lubnan akibat serangan Israel
Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
- Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
- Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
- “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
- “990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.
Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
“990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.
“Jawatankuasa kecemasan kementerian akan bertanggungjawab menerima bantuan antarabangsa dan mengagihkannya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah, melalui mekanisme yang jelas dan telus,” kata menteri itu.
Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan terhadap apa yang didakwa rejim zionis itu sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September lalu, membunuh lebih 1,250 orang dan mencederakan 3,618 yang lain.
Kempen serangan udara itu adalah peningkatan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan tindakan genosid Tel Aviv di Gaza yang telah membunuh hampir 42,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas Hamas ke atas Israel tahun lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini20 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini23 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza