Connect with us

Terkini

KDN rampas jam dinding digital al-Quran bernilai RM1.1 juta

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita 3,254 unit jam dinding digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dengan fungsi azan dianggarkan bernilai RM1.1 juta. 

Wartawan TMT

Published

on

KDN rampas jam dinding digital al-Quran bernilai RM1.1 juta
Foto: Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof (tengah) pada Sidang Media Rampasan Jam Dinding Digital tanpa kelulusan KDN di Putrajaya.
  • Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita 3,254 unit jam dinding digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dengan fungsi azan dianggarkan bernilai RM1.1 juta. 
  • Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata jam itu dirampas dalam empat serbuan di beberapa premis yang dipercayai pengedar jam digital itu di Lembah Klang pada bulan lalu.
  • Nik Yusaimi berkata empat lelaki warga tempatan berusia 30-an hingga 40-an ditahan dalam serbuan itu dipercayai memasarkan barangan tersebut melalui platform e-dagang kerana menyalahi Seksyen 6(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 disebabkan tiada perakuan KDN.
  • Katanya, jam dinding digital yang dirampas itu didapati mempunyai kesalahan teknikal audio bacaan al-Quran seperti bacaan secara berulang-ulang, bacaan bercampur aduk dengan laungan azan dan terjemahan bahasa lain tidak menepati penggunaan terjemahan di Malaysia yang berpandukan tafsir pimpinan Ar-Rahman.
  • “Mana-mana penerbitan al-Quran dalam apa juga bentuk yang mengandungi satu penerbitan al-Quran dalam apa jua bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih perlu mendapatkan perakuan daripada KDN melalui proses semakan pakar terlebih dahulu sebelum diedar ataupun dijual di negara ini,” katanya dipetik Berita Harian pada Sidang Media Rampasan Jam Dinding Digital Menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 di Putrajaya, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita 3,254 unit jam dinding digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dengan fungsi azan dianggarkan bernilai RM1.1 juta. 

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata jam itu dirampas dalam empat serbuan di beberapa premis yang dipercayai pengedar jam digital itu di Lembah Klang pada bulan lalu.

Nik Yusaimi berkata empat lelaki warga tempatan berusia 30-an hingga 40-an ditahan dalam serbuan itu dipercayai memasarkan barangan tersebut melalui platform e-dagang kerana menyalahi Seksyen 6(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 disebabkan tiada perakuan KDN.

Foto: Jam Dinding Digital yang dirampas.

Katanya, jam dinding digital yang dirampas itu didapati mempunyai kesalahan teknikal audio bacaan al-Quran seperti bacaan secara berulang-ulang, bacaan bercampur aduk dengan laungan azan dan terjemahan bahasa lain tidak menepati penggunaan terjemahan di Malaysia yang berpandukan tafsir pimpinan Ar-Rahman.

“Mana-mana penerbitan al-Quran dalam apa juga bentuk yang mengandungi satu penerbitan al-Quran dalam apa jua bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih perlu mendapatkan perakuan daripada KDN melalui proses semakan pakar terlebih dahulu sebelum diedar ataupun dijual di negara ini,” katanya dipetik Berita Harian pada Sidang Media Rampasan Jam Dinding Digital Menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 di Putrajaya, hari ini.

Produk diimport dari China itu dijual di pasaran melalui platform e-dagang dan media sosial dengan harga RM350 hingga RM350 seunit.

Nik Yusaimi berkata kawalan ini perlu bagi menjamin kesucian al-Quran yang betul untuk diamal rakyat Malaysia bagi mengelak kekeliruan sehingga menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending