Connect with us

Antarabangsa

Kapal perang Iran memasuki Laut Merah

Kapal perang Alborz milik Iran memasuki Laut Merah, demikian lapor agensi berita Tasnim di tengah-tengah ketegangan perang di Gaza dan berlakunya serangan ke atas kapal-kapal oleh pihak bersekutu dengan Tehran.

Wartawan TMT

Published

on

Kapal perang Iran memasuki Laut Merah
Foto: Ketua Tentera Laut Iran, Shahram Irani.
  • Kapal perang Alborz milik Iran memasuki Laut Merah, demikian lapor agensi berita Tasnim di tengah-tengah ketegangan perang di Gaza dan berlakunya serangan ke atas kapal-kapal oleh pihak bersekutu dengan Tehran.
  • Tasnim tidak memberikan maklumat lanjut mengenai misi kapal perang Iran itu tetapi memberitahu bahawa Alborz beroperasi di lautan terbuka untuk memastikan keamanan laluan perkapalan, melawan lanun dan beberapa tugasan lain sejak 2009.
  • Kumpulan Houthi di Yaman disokong Iran telah menyasarkan beberapa kapal di Laut Merah sejak November lalu untuk menunjukkan sokongan kepada Hamas di Palestin.
  • Sebagai tindak balas, banyak syarikat perkapalan mengambil laluan lebih panjang dengan kos lebih tinggi sekitar laluan Cape of Good Hope Afrika berbanding melalui Terusan Suez.
  • Menurut Tasnim, kapal perang Alborz memasuki Laut Merah melalui Selat Bab-al Mandab dengan laporan tambahan belum disahkan di media sosial mengatakan ia tiba pada Sabtu.

Kapal perang Alborz milik Iran memasuki Laut Merah, demikian lapor agensi berita Tasnim di tengah-tengah ketegangan perang di Gaza dan berlakunya serangan ke atas kapal-kapal oleh pihak bersekutu dengan Tehran.

Tasnim tidak memberikan maklumat lanjut mengenai misi kapal perang Iran itu tetapi memberitahu bahawa Alborz beroperasi di lautan terbuka untuk memastikan keamanan laluan perkapalan, melawan lanun dan beberapa tugasan lain sejak 2009.

Kumpulan Houthi di Yaman disokong Iran telah menyasarkan beberapa kapal di Laut Merah sejak November lalu untuk menunjukkan sokongan kepada Hamas di Palestin.

Sebagai tindak balas, banyak syarikat perkapalan mengambil laluan lebih panjang dengan kos lebih tinggi sekitar laluan Cape of Good Hope Afrika berbanding melalui Terusan Suez.

Menurut Tasnim, kapal perang Alborz memasuki Laut Merah melalui Selat Bab-al Mandab dengan laporan tambahan belum disahkan di media sosial mengatakan ia tiba pada Sabtu.

Ketua Tentera Laut Iran, Shahram Irani pada 2 Disember lalu dilaporkan berkata, Alborz sedang menjalankan misi di Laut Merah.

Kumpulan Houthi sebelum ini menyerang kapal kontena Maersk (MAERSKb.CO) dengan peluru berpandu dan bot kecil pada Sabtu dan Ahad menyebabkan syarikat itu menghentikan semua pelayaran melalui Laut Merah selama 48 jam.

Menteri Pertahanan Iran, Mohammad Reza Ashtiani pada 14 Disember lalu dipetik Al Jazeera sebagai berkata, “tiada sesiapa boleh bertindak di wilayah di bawah penguasaan kita”, merujuk kepada pakatan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending