Connect with us

Antarabangsa

Inspirasi ‘keffiyyeh’, Pereka fesyen Mesir guna AI hasilkan koleksi fesyen solidariti Palestin

Sempena Tahun Baru 2024, seorang pereka fesyen Mesir, Mohamed Nour tampil dengan koleksi rekaan terbaru ‘Hurra’ bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang diserang rejim zionis Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Inspirasi ‘keffiyyeh’, Pereka fesyen Mesir guna AI hasilkan koleksi fesyen solidariti Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sempena Tahun Baru 2024, seorang pereka fesyen Mesir, Mohamed Nour tampil dengan koleksi rekaan terbaru ‘Hurra’ bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang diserang rejim zionis Israel.
  • Koleksi rekaan fesyen ‘Hurra’ yang bermaksud ‘merdeka’ itu diinspirasikan daripada corak shawl tradisional Palestin, ‘keffiyyeh’.
  • Egypt Today melaporkan dengan hanya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), 42 jenis corak fesyen dihasilkan Mohamed meliputi pakaian wanita berhijab dan sebaliknya.

Sempena Tahun Baru 2024, seorang pereka fesyen Mesir, Mohamed Nour tampil dengan koleksi rekaan terbaru ‘Hurra’ bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang diserang rejim zionis Israel.

Koleksi rekaan fesyen ‘Hurra’ yang bermaksud ‘merdeka’ itu diinspirasikan daripada corak shawl tradisional Palestin, ‘keffiyyeh’.

Egypt Today pada Isnin lalu melaporkan dengan hanya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), 42 jenis corak fesyen dihasilkan Mohamed meliputi pakaian wanita berhijab dan sebaliknya.

Rekaan fesyen itu bertujuan mengingatkan masyarakat dunia supaya tidak melupakan kezaliman dilakukan rejim pengganas zionis Israel di Gaza ketika ini.

Sekurang-kurangnya 22,438 warga Palestin di Gaza terkorban dalam serangan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending