Connect with us

Terkini

‘Bahasa Cina didahulukan, tahniah Majlis Perbandaran Taipei’, Netizen sindir MPT tidak martabatkan bahasa kebangsaan

Laman Facebook (FB) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dikritik netizen kerana dilihat seolah-olah tidak memartabatkan bahasa kebangsaan selepas meletakkan Bahasa Cina di atas Bahasa Melayu dalam poster hebahan di media sosialnya.

Hidayah Sani

Published

on

‘Bahasa Cina didahulukan, tahniah Majlis Perbandaran Taipei’, Netizen sindir MPT tidak martabatkan bahasa kebangsaan
Foto: Poster di Laman Facebook Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menggunakan Bahasa Cina di atas Bahasa Melayu.
  • Laman Facebook Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dikritik netizen kerana dilihat seolah-olah tidak memartabatkan bahasa kebangsaan selepas meletakkan Bahasa Cina di atas Bahasa Melayu dalam poster hebahan di media sosialnya.
  • MPT pada Rabu lalu, membuat hebahan berhubung pelaksanaan Pertandingan Kaligrafi Cina Piala Nga Kor Ming Ke-14 yang akan berlangsung pada 28 Januari ini bertempat di Sentral Hall, Tingkat 3, Taiping Sentral Mall di bawah anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping.
  • Hebahan itu dikritik netizen yang kecewa dengan siaran rasmi organisasi terbabit kerana tidak mendahulukan bahasa Melayu dalam hebahan tersebut sehingga ada yang menyifatkan Majlis Perbandaran Taiping sebagai ‘Majlis Perbandaran Beijing’ dan ‘Majlis Perbandaran Taipei’.
  • Ada netizen mempersoalkan sekiranya badan rasmi sendiri tidak menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai keutamaan, maka bagaimana pihak terbabit ingin mengharapkan pemegang kad pengenalan Malaysia mampu bertutur bahasa Melayu dengan fasih.
  • Semakan The Merdeka Times pagi ini mendapati poster hebahan itu telah dikemaskini di mana tulisan bahasa kebangsaan didahulukan sebelum tulisan bahasa Cina, berbeza daripada versi asal yang mencetuskan pertikaian itu.

KUALA LUMPUR — Laman Facebook (FB) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dikritik netizen kerana dilihat seolah-olah tidak memartabatkan bahasa kebangsaan selepas meletakkan Bahasa Cina di atas Bahasa Melayu dalam poster hebahan di media sosialnya.

MPT pada Rabu lalu membuat hebahan berhubung pelaksanaan Pertandingan Kaligrafi Cina Piala Nga Kor Ming Ke-14 yang akan berlangsung pada 28 Januari ini bertempat di Sentral Hall, Tingkat 3, Taiping Sentral Mall di bawah anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping.

Hebahan itu dikritik netizen yang kecewa dengan siaran rasmi organisasi terbabit kerana tidak mendahulukan bahasa Melayu dalam hebahan tersebut sehingga ada yang menyifatkan Majlis Perbandaran Taiping sebagai ‘Majlis Perbandaran Beijing’ dan ‘Majlis Perbandaran Taipei’.

Malah, ada netizen mempersoalkan sekiranya badan rasmi sendiri tidak menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai keutamaan, maka bagaimana pihak terbabit ingin mengharapkan pemegang kad pengenalan Malaysia mampu bertutur bahasa Melayu dengan fasih.

Steady Majlis Perbandaran Beijing.. Maksud saya Taiping,” komen netizen di hantaran hebahan laman FB MPT.

“Bahasa Cina didahulukan, tahniah Majlis Perbandaran Taipei,” respon netizen.

“Utamakan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia di atas,” komen netizen lain.

“Adakah ini salah satu usaha mengcinakan tanah melayu,” komen netizen di Facebook.

Foto : Tangkap layar komen netizen.

Semakan The Merdeka Times pagi ini mendapati poster hebahan itu telah dikemaskini di mana tulisan bahasa kebangsaan didahulukan sebelum tulisan bahasa Cina, berbeza daripada versi asal yang mencetuskan pertikaian itu.

Foto : Tangkap layar poster hebahan di FB Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang dikemaskini.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT, Muhamad Hafizzuddin Azhar berkata program memaparkan gambar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu bukan dianjurkan pihaknya sebaliknya MPT hanya bertindak menghebah dan mempromosikan program tersebut.

“Program ini adalah program anjuran pusat khidmat Ahli Parlimen (Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh) dan dia buat program pun kaligrafi Cina.

“Kalau kaligrafi, khalayak sasarannya adalah orang Cina,” katanya dipetik Malaysiakini hari ini.

Hafizzuddin berkata hebahan poster itu perlu ditulis dalam bahasa Mandarin dengan terjemahan bahasa Melayu kerana ia pertandingan kaligrafi Cina yang menyasarkan penyertaan komuniti tersebut. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Majlis Perbandaran Taiping

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53.
  • Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
  • Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
  • Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
  • Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
  • Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.

Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.

Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.

Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.

Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.

Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending