Antarabangsa
12,500 tentera Israel cacat akibat perang Gaza
Sekurang-kurangnya 12,500 tentera penjajah zionis Israel dikenal pasti sebagai “kurang upaya” akibat pertempuran di Gaza, lapor media Israel Yediot Ahronoth Jumaat lalu.
- Sekurang-kurangnya 12,500 tentera penjajah zionis Israel dikenal pasti sebagai “kurang upaya” akibat pertempuran di Gaza, lapor media Israel Yediot Ahronoth Jumaat lalu.
- Angka itu dibentangkan syarikat diupah Kementerian Pertahanan Israel untuk menjalankan penilaian kecederaan dalam kalangan tentera zionis.
- Angka 12,500 adalah anggaran konservatif dengan permintaan pengiktirafan hilang upaya dikatakan berpotensi mencecah 20,000 kes, kata laporan itu.
- Jabatan Pemulihan Kementerian Pertahanan Israel kini merawat 60,000 askar kurang upaya.
- Sekurang-kurangnya 5,000 kes dirujuk ke jabatan pemulihan itu pada 2023, termasuk 3,400 dimasukkan sejak 7 Oktober lalu. Angka-angka ini hanya melibatkan tentera dan bukan orang awam.
Sekurang-kurangnya 12,500 tentera penjajah zionis Israel dikenal pasti sebagai “kurang upaya” akibat pertempuran di Gaza, lapor media Israel Yediot Ahronoth Jumaat lalu.
Angka itu dibentangkan syarikat diupah Kementerian Pertahanan Israel untuk menjalankan penilaian kecederaan dalam kalangan tentera zionis
Angka 12,500 adalah anggaran konservatif dengan permintaan pengiktirafan hilang upaya dikatakan berpotensi mencecah 20,000 kes, kata laporan itu.
Jabatan Pemulihan Kementerian Pertahanan Israel kini merawat 60,000 askar kurang upaya.
Sekurang-kurangnya 5,000 kes dimasukkan ke jabatan pemulihan itu pada 2023, termasuk 3,400 dimasukkan sejak 7 Oktober lalu. Angka-angka ini hanya melibatkan tentera dan bukan orang awam.
Yediot Ahronoth berkata angka-angka itu, termasuk data rasmi lain, menunjukkan percanggahan dengan jumlah kecederaan dilaporkan tentera semasa peperangan.
Pada akhir Disember lalu, Kementerian Pertahanan berkata bilangan askar cedera sejak 7 Oktober lalu mencecah 3,000 kes, manakala tentera Israel pula mengatakan lebih 2,300 kes.
Jumlah kecederaan yang dilaporkan tentera Israel sebelum ini dipersoalkan kerana bilangan yang memasuki hospital melebihi jumlah dilaporkan tentera rejim itu.
Penambahan ribuan askar dalam perkhidmatan pemulihan boleh memberikan cabaran kewangan dan logistik kepada program askar kurang upaya yang kini sudah pun dalam kritikan, kata Yediot Ahronoth.
Laporan itu memberi amaran kepada Israel yang mungkin berdepan kes menyerupai kes Itzik Saidian, seorang askar Israel dalam perang Gaza 2014, yang membakar dirinya pada 2021 di luar Pejabat Pemulihan Kementerian Pertahanan selepas merasa “dihina dalam setiap perhubungan” dengan kementerian. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia