Terkini
Tiada nas dalam al-Quran, hadis hadkan tempoh baca Qunut Nazilah
Tiada nas daripada al-Quran atau hadis yang mengehadkan tempoh masa tertentu untuk membaca doa Qunut Nazilah selain ia juga bergantung kepada selama mana bencana berlaku.

- Tiada nas daripada al-Quran atau hadis mengehadkan tempoh masa tertentu membaca doa Qunut Nazilah selain bergantung kepada selama mana bencana berlaku.
- Demikian jelas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor ketika diminta mengulas sama doa Qunut Nazilah hanya boleh dibaca pada tempoh tertentu.
- Menurut Wan Salim, Qunut Nazilah harus dilakukan lebih sebulan mengikut situasi, namun jika bala bencana itu berterusan maka bacaan doa harus diteruskan.
- “Bacaan Qunut Nazilah disyariatkan dalam semua solat lima waktu kecuali solat Jumaat yang mana ramai ulamak tidak disyariatkannya kerana sudah memadai dengan doa dibaca dalam khutbah.
- “Qunut Nazilah disyariatkan agar dibaca semasa i’tidal selepas ruku’ rakaat terakhir apabila berlaku bencana atau musibah yang meliputi ramai umat Islam (bukan dalam kes individu). Contohnya seperti berlaku gempa bumi, wabak penyakit, kemarau panjang, peperangan dan sebagainya.
- “Malah, di dalam Qunut Nazilah imam boleh membaca apa jua doa yang sesuai dengan bencana atau musibah yang dihadapi dan diaminkan oleh para makmum,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
GEORGE TOWN – Tiada nas daripada al-Quran atau hadis yang mengehadkan tempoh masa tertentu untuk membaca doa Qunut Nazilah selain ia juga bergantung kepada selama mana bencana berlaku.
Demikian jelas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor ketika diminta mengulas sama doa Qunut Nazilah hanya boleh dibaca pada tempoh tertentu.
Menurut Wan Salim, Qunut Nazilah harus dilakukan lebih daripada sebulan mengikut situasi, namun jika bala bencana itu berterusan maka bacaan doa itu juga harus diteruskan.
“Bacaan Qunut Nazilah disyariatkan dalam semua solat lima waktu kecuali solat Jumaat yang mana ramai ulamak tidak disyariatkannya kerana sudah memadai dengan doa dibaca dalam khutbah.
“Qunut Nazilah disyariatkan agar dibaca semasa i’tidal selepas ruku’ rakaat terakhir apabila berlaku bencana atau musibah yang meliputi ramai umat Islam (bukan dalam kes individu). Contohnya seperti berlaku gempa bumi, wabak penyakit, kemarau panjang, peperangan dan sebagainya.
“Malah, di dalam Qunut Nazilah imam boleh membaca apa jua doa yang sesuai dengan bencana atau musibah yang dihadapi dan diaminkan oleh para makmum,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Tambah Wan Salim, Qunut Nazilah hanya boleh dibaca dalam bahasa Arab kerana penggunaan bahasa lain dalam solat adalah tidak sah atau membatalkannya.
Mengulas lanjut Wan Salim berkata, tindakan Rasulullah SAW mengehadkan bacaan Qunut Nazilah selama sebulan kerana bencana yang dihadapi ketika itu telah berakhir.
“Dalam situasi pada masa kini, imam boleh memohon bantuan Allah SWT terhadap umat Islam di Gaza dan Palestin, supaya kalahkan penjajah Zionis iaitu musuh serta yang menzalimi mereka.
“Selain memohon Allah SWT meneguhkan semangat juang para mujahidin Hamas sehingga mencapai kemenangan dalam perjuangan mereka untuk memerdekakan negara Palestin daripada cengkaman musuh, seterusnya mengembalikan semula Baitulmaqdis kepada pangkuan umat Islam,” katanya.
Sumber: MalaysiaGazette
