Connect with us

Antarabangsa

Peraga cawan Starbucks, penyampai berita Turkiye dipecat

Penyampai berita TGRT Haber Turkiye, Meltem Gunay dipecat kerana memperagakan cawan kopi Starbucks ketika bersiaran langsung.

Wartawan TMT

Published

on

Peraga cawan Starbucks, penyampai berita Turkiye dipecat
Foto: Penyampai berita TGRT Haber Turkiye, Meltem Gunay yang dipecat kerana memperagakan cawan kopi Starbucks ketika bersiaran langsung.
  • Penyampai berita TGRT Haber Turkiye, Meltem Gunay dipecat kerana memperagakan cawan kopi Starbucks ketika bersiaran langsung.
  • Saluran penyiaran itu dalam kenyataan pada Ahad lalu menekankan larangan penyampai berita TV nasional Turkiye daripada mengiklankan mana-mana syarikat secara rahsia.
  • TGRT Haber mengutuk tindakan penyampai berita dan pengarah berkenaan serta menamatkan kontrak mereka atas dasar keadilan bagi saluran TV itu.
  • “Kami tidak membenarkan tindakan penyampai dan pengarah ini, yang mana kontrak pekerjaan mereka telah ditamatkan, dan kami mengutuk perkara ini sekerasnya,” kata TGRT Haber berkata dalam kenyataan di platform X.
  • Kenyataan itu turut menegaskan kesedaran institusi tersebut terhadap sensitiviti rakyat Turkiye mengenai Gaza, menjanjikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam hal itu.

Penyampai berita TGRT Haber Turkiye, Meltem Gunay dipecat kerana memperagakan cawan kopi Starbucks ketika bersiaran langsung.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Saluran penyiaran itu dalam kenyataan pada Ahad lalu menekankan larangan penyampai berita TV nasional Turkiye daripada mengiklankan mana-mana syarikat secara rahsia.

TGRT Haber mengutuk tindakan penyampai berita dan pengarah berkenaan serta menamatkan kontrak mereka atas dasar keadilan bagi saluran TV itu.

“Kami tidak membenarkan tindakan penyampai dan pengarah ini, yang mana kontrak pekerjaan mereka telah ditamatkan, dan kami mengutuk perkara ini sekerasnya,” kata TGRT Haber berkata dalam kenyataan di platform X.

Kenyataan itu turut menegaskan kesedaran institusi tersebut terhadap sensitiviti rakyat Turkiye mengenai Gaza, menjanjikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam hal itu.

Terdahulu, USA Today melaporkan Starbucks mengheret kesatuan pekerjanya ke mahkamah disebabkan hantaran (posting) kesatuan pekerjanya di platform X yang menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Saman itu berkenaan kiriman pro-Palestin dikongsi akaun kesatuan terbabit pada 9 Oktober lalu, dua hari selepas pejuang Hamas melancarkan serangan hendap ke atas beberapa penempatan haram Israel.

Dalam kenyataan kepada USA Today, Naib Presiden Eksekutif Starbucks, Sara Kelly berkata hantaran kesatuan pekerja itu menunjukkan “sokongan terhadap keganasan dilakukan Hamas” dan Starbucks mengutuk tindakan itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Ratusan penunjuk perasaan Jordan protes dan sekat trak barangan ke Israel

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan di Jordan menyekat trak barangan menuju ke Israel.
  • Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.
  • The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.
  • Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.
  • Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel, melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.
  • Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.

Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.

Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.

Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Jumaat lalu, sementara pasukan keselamatan Jordan menghalang protes di utara berhampiran sempadan Israel, penunjuk perasaan berarak dan duduk di atas jambatan bermula selepas solat Jumaat di Amman.

Protes itu dianjurkan himpunan organisasi di bawah naungan pasukan pembangkang Jordan yang dipanggil Forum Kebangsaan Menyokong Penentangan dan Gerakan Islam, lapor akhbar Al-Araby Al-Jadeed.

Slogan utama pemprotes ditujukan kepada kerajaan Jordan dan kerajaan Arab lain ialah: “Jambatan darat diperlukan untuk ke Gaza, bukan untuk zionis.”

Tiada kerajaan Arab terlibat dengan koridor darat Dubai-Haifa setakat ini mengulas secara terbuka berkaitan insiden itu.

Israel dilihat berminat untuk menonjolkan peranan laluan darat yang bakal membantunya mengelak ketegangan yang sedang berlaku di Laut Merah.

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev pada Khamis lalu muncul dalam sebuah video di Mundra, India, memberi penerangan bagaimana barangan kargo yang bakal melalui UAE, Arab Saudi dan Jordan akan selamat sampai di Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending