Connect with us

Terkini

Pelantikan Perdana Menteri bukan Melayu bertentangan semangat federalisme – Gamis

Cadangan melantik seorang Ahli Parlimen bukan Melayu dan Islam sebagai Perdana Menteri dikatakan bertentangan dengan semangat federalisme di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Wan Muhammad Arif Wan Bazli Fariz.
  • Cadangan melantik seorang Ahli Parlimen bukan Melayu dan Islam sebagai Perdana Menteri dikatakan bertentangan semangat federalisme di negara ini.
  • Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Wan Muhammad Arif Wan Bazli Fariz berkata, perlembagaan di empat negeri menetapkan syarat Melayu dan Islam untuk pelantikan sebagai Menteri Besar.
  • Menurut beliau, syarat itu termaktub dalam Perkara 51 (2), Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Perkara 37 (2), Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis 1959, Perkara 35(2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah 1959 serta Fasal 2 dan fasal 24, Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk (Perlembagaan Negeri Terengganu).
  • “Maka, amalan melantik Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di kala sebahagian negeri-negeri mensyaratkan orang Melayu dan beragama Islam untuk Menteri Besar, adalah jelas bertentangan dengan semangat federalisme yang patut diamalkan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

KUALA LUMPUR – Cadangan melantik seorang Ahli Parlimen bukan Melayu dan Islam sebagai Perdana Menteri dikatakan bertentangan dengan semangat federalisme di negara ini.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Wan Muhammad Arif Wan Bazli Fariz berkata, perlembagaan di empat negeri menetapkan syarat Melayu dan Islam untuk pelantikan sebagai Menteri Besar.

Menurut beliau, syarat itu termaktub dalam Perkara 51 (2), Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Perkara 37 (2), Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis 1959, Perkara 35(2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah 1959 serta Fasal 2 dan fasal 24, Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk (Perlembagaan Negeri Terengganu).

“Maka, amalan melantik Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di kala sebahagian negeri-negeri mensyaratkan orang Melayu dan beragama Islam untuk Menteri Besar, adalah jelas bertentangan dengan semangat federalisme yang patut diamalkan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Wan Muhammad Arif mengulas kenyataan Kit Siang pada 29 November lalu bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, beliau berkata, memandangkan Perlembagaan Persekutuan mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan, maka sewajarnya Perdana Menteri yang berperanan sebagai ketua kerajaan juga beragama Islam.

Wan Muhammad Arif menambah, pakar undang-undang, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi pernah memberi pandangan bahawa ia merupakan amalan politik kebiasaan untuk melantik Perdana Menteri dalam kalangan lelaki Melayu yang beragama Islam.

“Pakar sejarah, mendiang Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sendiri berkata bahawa Perdana Menteri haruslah orang Melayu kerana kaum majoriti negara ini ialah orang Melayu (57.7 peratus) diikuti oleh kaum Cina (22.8 peratus), kaum India (6.6 peratus) dan kaum lain-lain (12.9 peratus).

“Oleh itu, pelantikan pemimpin negara mestilah dilantik dalam kalangan kaum yang paling dominan atau berpengaruh,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, Gamis berpandangan, kenyataan Kit Siang itu merupakan tindakan melulu yang tidak meneliti fakta-fakta tersebut serta biadab kerana mencabar kewibawaan orang Melayu.

“Lupakah beliau, Malaysia telah hidup aman sejak berpuluh tahun di bawah pemerintahan orang Melayu Islam?

“Bahkan, bangsa bukan Melayu dan bukan Islam juga tidak perlu risau kerana sejarah telah membuktikan bahawa Islam menjamin keadilan dalam pemerintahan tanpa mengira kaum dan kepercayaan,” katanya.

Wan Muhammad Arif berkata, Gamis menggesa orang Melayu dan Islam agar peka serta sedar dengan agenda bertubi-tubi yang dimainkan oleh pihak tertentu untuk menggugat keharmonian kaum dan agama. – MalaysiaGazette

Sumber : Malaysia Gazette

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending