Antarabangsa
Pakatan maritim AS di Laut Merah: Makin banyak negara tidak mahu dilihat pro-Israel
Sekutu Amerika Syarikat (AS) mengabaikan pakatan pasukan maritim untuk bertindak ke atas Houthi Yaman dan memilih untuk tidak mahu dikaitkan secara terbuka atau sama sekali.

- Sekutu Amerika Syarikat (AS) mengabaikan pakatan pasukan maritim untuk bertindak ke atas Houthi Yaman dan memilih untuk tidak mahu dikaitkan secara terbuka atau sama sekali.
- Hampir separuh negara-negara itu tidak tampil untuk mengiktiraf pembabitan mereka atau membenarkan AS berbuat demikian.
- Situasi itu berlaku selepas seminggu Presiden AS, Joe Biden berharap untuk memberikan respons antarabangsa yang tegas ke atas kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman.
- Dua daripada sekutu AS yang disenaraikan dalam Operation Prosperity Guardian (Operasi Penjaga Kemakmuran) iaitu Itali dan Sepanyol, mengeluarkan kenyataan seolah-olah menjauhkan diri daripada pakatan pasukan maritim itu.
Sekutu Amerika Syarikat (AS) mengabaikan pakatan pasukan maritim untuk bertindak ke atas Houthi Yaman dan memilih untuk tidak mahu dikaitkan secara terbuka atau sama sekali.
Hampir separuh negara-negara itu tidak tampil untuk mengiktiraf pembabitan mereka atau membenarkan AS berbuat demikian.
Situasi itu berlaku selepas seminggu Presiden AS, Joe Biden berharap untuk memberikan respons antarabangsa yang tegas ke atas kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman.
Dua daripada sekutu AS yang disenaraikan dalam Operation Prosperity Guardian (Operasi Penjaga Kemakmuran) iaitu Itali dan Sepanyol, mengeluarkan kenyataan seolah-olah menjauhkan diri daripada pakatan pasukan maritim itu.
Pentagon berkata pasukan gabungan pertahanan lebih 20 negara itu bertujuan memastikan perdagangan bernilai berbilion dolar di perairan Laut Merah di luar Yaman dapat diselamatkan.
Kumpulan Houthi dilaporkan menyerang kapal-kapal Israel yang melalui wilayah perairan itu sebagai respons balas serangan rejim zionis ke atas Gaza, Palestin.
Keengganan beberapa sekutu AS untuk mengaitkan diri mereka dengan usaha itu mencerminkan keretakan hasil konflik dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
“Kerajaan Eropah sangat bimbang seandainya sebahagian daripada bakal pengundi bertindak membelakangi mereka,” kata Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Complutense Madrid, David Hernandez lapor Channel News Asia memetik Reuters.
Hasil sokongan teguh Biden kepada rejim Israel menyaksikan lebih 21,000 rakyat Palestin terbunuh di wilayah konflik Gaza. – The Merdeka Times
