Connect with us

Antarabangsa

Lambat atau cepat, Israel akan hancur – Rabbi Yahudi

Seorang rabbi Yahudi Ortodoks meramalkan negara haram Israel akan musnah sama ada cepat atau lambat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lambat atau cepat, Israel akan hancur – Rabbi Yahudi
Foto: Rabbi Yahudi Ortodoks, Rabbi Elhanan Beck (kiri).
  • Seorang rabbi Yahudi Ortodoks meramalkan negara haram Israel akan musnah sama ada cepat atau lambat.
  • Rabbi Elhanan Beck berkata ia kerana beliau melihat kewujudan negara itu sebagai bentuk penentangan terhadap tuhan.
  • “Mereka (Israel) akan hancur sama ada cepat atau lambat, tetapi mereka akan tetap berakhir,” katanya dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.
  • Beck juga menafikan dakwaan pro zionis bahawa masyarakat Yahudi tidak dapat hidup dengan baik di bawah pemerintahan Islam.
  • “Ini sudah terang-terangan salah. Semua orang yang mengetahui tentang sejarah pasti tahu bahawa kami (Yahudi) mempunyai zaman emas di negara Islam.
  • “Kami dianiaya di pelbagai tempat di dunia ini, namun kami diselamatkan Muslim. Mereka beri kami tempat keemasan (tempat selamat untuk diduduki),” katanya.

Seorang rabbi Yahudi Ortodoks meramalkan negara haram Israel akan musnah sama ada cepat atau lambat.

Rabbi Elhanan Beck berkata ia kerana beliau melihat kewujudan negara itu sebagai bentuk penentangan terhadap tuhan.

Katanya, ideologi zionis yang dijunjung rejim Israel itu pada dasarnya tidak memiliki kepercayaan kepada tuhan.

“Mereka (Israel) akan hancur sama ada cepat atau lambat, tetapi mereka akan tetap berakhir,” katanya dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.

Beck berkata walaupun Israel didirikan selama 75 tahun, negara haram itu masih gagal mencapai keamanan.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama, terdapat banyak negara lain ditubuhkan dan berjaya mengecapi perkara itu.

“Hanya ada satu tempat yang tidak ada keamanan walaupun cuma sehari iaitu Israel,” kata rabbi Yahudi itu.

Beck juga menafikan dakwaan pro zionis bahawa masyarakat Yahudi tidak dapat hidup dengan baik di bawah pemerintahan Islam.

“Ini sudah terang-terangan salah. Semua orang yang mengetahui tentang sejarah pasti tahu bahawa kami (Yahudi) mempunyai zaman emas di negara Islam.

“Kami dianiaya di pelbagai tempat di dunia ini, namun kami diselamatkan Muslim. Mereka beri kami tempat keemasan (tempat selamat untuk diduduki),” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *