Connect with us

Antarabangsa

Kami lebih takut dibom Israel berbanding layanan Hamas

Tawanan warga Israel yang dibebaskan Hamas baru-baru ini mendedahkan mereka lebih takutkan mati disebabkan pengeboman rambang rejim Israel berbanding Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Kami lebih takut dibom Israel berbanding layanan Hamas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tawanan warga Israel yang dibebaskan Hamas baru-baru ini mendedahkan mereka lebih takutkan mati disebabkan pengeboman rambang rejim Israel berbanding Hamas.
  • The Cradle memetik Ynet melaporkan Menir Oz membuat kenyataan itu dalam pertemuan antara beliau dan tawanan lain yang baru dibebaskan serta ahli keluarga mereka di satu pihak dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Kabinet Perangnya di satu pihak yang lain.
  • “Kami sedang duduk di dalam terowong dan kami sangat takut bahawa bukan Hamas, tetapi Israel yang akan membunuh kami, dan kemudian mereka akan berkata, “Hamas membunuh kamu,” kata tawanan warga Israel, Menir Oz. 
  • Seorang tawanan lain yang dibebaskan bersama anak-anaknya dalam pertemuan itu turut menzahirkan rasa marahnya terhadap serangan tentera ke lokasi, di mana dia ditahan di Gaza dengan helikopter Apache Israel melepaskan tembakan ke arah mereka ketika dibawa dari rumah merentasi sempadan Gaza.

Tawanan warga Israel yang dibebaskan Hamas baru-baru ini mendedahkan mereka lebih takutkan mati disebabkan pengeboman rambang rejim Israel berbanding Hamas.

The Cradle memetik Ynet melaporkan Menir Oz membuat kenyataan itu dalam pertemuan antara beliau dan tawanan lain yang baru dibebaskan serta ahli keluarga mereka di satu pihak dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Kabinet Perangnya di satu pihak yang lain.

Dalam pertemuan itu, tawanan dan ahli keluarga mereka memarahi Netanyahu atas dasar perangnya yang membahayakan nyawa mereka.

“Saya berada di sana dan saya tahu betapa sukarnya (situasi) sebagai tahanan.

“Setiap hari sepanjang ditahan sangat sukar. Saya berada di dalam sebuah rumah apabila pengeboman berlaku di sekelilingnya.

“Kami sedang duduk di dalam terowong dan kami sangat takut bahawa bukan Hamas, tetapi Israel yang akan membunuh kami, dan kemudian mereka akan berkata, “Hamas membunuh kamu”.

“Jadi, saya memohon secepat mungkin untuk mulakan pertukaran banduan dan setiap dari mereka harus pulang ke rumah. Tiada siapa lebih utama (berbanding yang lain). Semua orang penting,” kata Menir dipetik The Cradle.

Seorang tawanan lain yang dibebaskan bersama anak-anaknya dalam pertemuan itu turut menzahirkan rasa marahnya terhadap serangan tentera ke lokasi, di mana dia ditahan di Gaza dengan helikopter Apache Israel melepaskan tembakan ke arah mereka ketika dibawa dari rumah merentasi sempadan Gaza.

Netanyahu berjanji mendapatkan semula semua warga Israel yang ditawan Hamas dan mengalahkan kumpulan pembebasan Palestin itu secara ketenteraan, lapor The Cradle.

Malangnya, ramai  melihat tindakan itu sebagai matlamat yang bercanggah dan mencadangkan tawanan dibebaskan melalui gencatan senjata sebelum diikuti dengan perundingan.

Sumber: The Cradle

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending