Connect with us

Terkini

Henti pembunuhan dan keganasan di Gaza, Resolusi 377 (A) UNGA perlu diaktifkan

Kerajaan disaran memainkan peranan penting dalam mengaktifkan resolusi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 377 (A) di kalangan negara anggota pertubuhan itu dalam usaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza ketika ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan disaran memainkan peranan penting dalam mengaktifkan resolusi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 377 (A) di kalangan negara anggota pertubuhan itu dalam usaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza ketika ini.
  • Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin, berkata resolusi itu amat penting bagi menuntut masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera dan tegas dalam menghentikan kezaliman terhadap penduduk Palestin.
  • Katanya, Resolusi 377 (A), lazimnya dirujuk sebagai resolusi ‘Bersatu untuk Keamanan’ memainkan peranan penting dalam situasi di mana Majlis Keselamatan PBB, disebabkan kekurangan permuafakatan kalangan lima ahli tetapnya, membabitkan Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Russia atau China, menjadi goyah dalam tanggungjawab asasnya untuk menegakkan keamanan dan keselamatan global.
  • “Resolusi kritikal ini memberi kuasa kepada Perhimpunan Agung PBB untuk menangani krisis sedemikian dengan pantas dan mencadangkan resolusi untuk tindakan kolektif, termasuk kemungkinan campur tangan bersenjata, untuk memulihkan dan menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memainkan peranan penting dalam mengaktifkan resolusi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 377 (A) di kalangan negara anggota pertubuhan itu dalam usaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza ketika ini.

Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin, berkata resolusi itu amat penting bagi menuntut masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera dan tegas dalam menghentikan kezaliman terhadap penduduk Palestin.

Katanya, Resolusi 377 (A), lazimnya dirujuk sebagai resolusi ‘Bersatu untuk Keamanan’ memainkan peranan penting dalam situasi di mana Majlis Keselamatan PBB, disebabkan kekurangan permuafakatan kalangan lima ahli tetapnya, membabitkan Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Russia atau China, menjadi goyah dalam tanggungjawab asasnya untuk menegakkan keamanan dan keselamatan global.

“Kekurangan permuafakatan antara lima ahli tetap PBB itu menjadikan menjadikan situasi di Palestin makin kritikal berikutan pertubuhan itu dilihat gagal dalam tanggungjawab asasnya untuk menegakkan keamanan dan keselamatan global.

“Resolusi kritikal ini memberi kuasa kepada Perhimpunan Agung PBB untuk menangani krisis sedemikian dengan pantas dan mencadangkan resolusi untuk tindakan kolektif, termasuk kemungkinan campur tangan bersenjata, untuk memulihkan dan menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Di tengah-tengah kebuntuan Majlis Keselamatan PBB disebabkan penggunaan kuasa veto baru-baru ini oleh Amerika Syarikat, keperluan amat mendesak untuk memohon

Resolusi 377 (A) bagi menangani krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza, tidak boleh dipertikaikan dan Malaysia seharusnya tampil memainkan peranan penting bagi mengaktifkan resolusi itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Minggu lalu, Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya dalam menolak resolusi untuk gencatan senjata di Palestin tatkala angka korban rakyat Palestin menjangkau lebih 17,000 orang.

Cadangan Majlis Keselamatan PBB itu di tolak bulat-bulat oleh Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Azril berkata, keadaan kritikal di Palestin memerlukan langkah segera dan tegas oleh semua pihak bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan dan melindungi nyawa rakyat Gaza yang tidak bersalah terhadap kekejaman rejim Zionis.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending