Antarabangsa
Al-Qassam lindungi kami dari serangan udara Israel – Tawanan Hamas
Seorang tahanan wanita memuji layanan diterimanya daripada Al-Qassam (sayap tentera Hamas), malah memberitahu bahawa mereka sanggup mengorbankan nyawa melindungi beliau dan tiga anaknya dari serangan udara rejim Israel.
Seorang tahanan wanita memuji layanan diterimanya daripada Al-Qassam (sayap tentera Hamas), malah memberitahu bahawa mereka sanggup mengorbankan nyawa melindungi beliau dan tiga anaknya dari serangan udara rejim Israel.
Chen Goldstein-Almog, 48, dilaporkan Khaberni pada Ahad lalu sebagai berkata, kumpulan pejuang Palestin itu sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan keselamatan tawanan mereka.
“Pengawal yang menahan kami melindungi kami dengan tubuh mereka daripada pengeboman. Mereka melindungi kami daripada tembakan tentera, kami sangat penting bagi mereka,” katanya dipetik Jordan News.
Goldstein-Almog berkata beliau juga tidak ditinggalkan pengawal Al-Qassam yang sentiasa bersamanya pada setiap waktu.
“Apabila ditanya kepada mereka adakah mereka (sebagai tawanan) akan dibunuh, respon mereka adalah, ‘kami akan mati sebelum kamu,’” katanya.
Ditanya bagaimana mereka menghabiskan masa sewaktu di dalam tahanan, wanita warga Israel itu menjelaskan dia melakukan aktiviti bersama anak-anaknya.
“Saya bermain dengan anak-anak saya dan anak perempuan saya Agam bersenam setiap masa. Salah seorang pengawal turut bergusti lengan dengan saya tetapi meletakkan tuala pada tangannya sebelum itu,” katanya.
Dia memberitahu dua anak lelakinya bermain dan melukis, malah pengawal Al-Qassam turut mengajar mereka bermain kad ketika dalam tahanan.
“Mereka menghormati wanita; wanita (itu) tinggi di sisi mereka, tidak disentuh. Wanita dianggap ratu,” katanya.
Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 20,915 orang terbunuh dan 54,918 cedera di Gaza dalam serangan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu, manakala 1,139 orang maut di Israel. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel