Terkini
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa isu Aman Palestin telah dipolitikkan kerana terdapat figura di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang dilihat mempunyai kaitan dengan parti politik tertentu.
- Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa isu Aman Palestin telah dipolitikkan kerana terdapat figura di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dilihat mempunyai kaitan dengan parti politik tertentu.
- Khairy berkata perkara itu menyebabkan kepercayaan orang awam yang ingin menyalurkan bantuan kepada NGO tersebut bagi membantu negara konflik seperti Palestin mulai tergugat.
- “Jadi benda ni dah dipolitikkan dan akhirnya orang awam yang berniat baik nak menyumbang untuk membantu Palestin atau pun membantu mana-mana inisiatif yang bagus dia akan meragui dan teragak-agak dalam hal ini,” katanya dalam episod terkini Podcast Keluar Sekejap di Youtube.
KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa isu Aman Palestin telah dipolitikkan kerana terdapat figura di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang dilihat mempunyai kaitan dengan parti politik tertentu.
Khairy berkata perkara itu menyebabkan kepercayaan orang awam yang ingin menyalurkan bantuan kepada NGO tersebut bagi membantu negara konflik seperti Palestin mulai tergugat.
“Walaupun kita pegang kepada prinsip innocent until proven guilty benda ini (isu Aman Palestin) dah dipolitikkan sebab figura-figura di belakang AP ini dilihat sebagai sosok yang ada kaitan dengan parti-parti politik tertentu.
“Jadi benda ni dah dipolitikkan dan akhirnya orang awam yang berniat baik nak menyumbang untuk membantu Palestin ataupun membantu mana-mana inisiatif yang bagus dia akan meragui dan teragak-agak dalam hal ini,” katanya ketika mengulas isu pembekuan akaun Aman Palestin dalam episod terkini Podcast Keluar Sekejap.
Mengulas lanjut, Khairy mengharapkan siasatan terhadap Aman Palestin dapat diselesaikan secepatnya supaya jika terbukti dakwaan dikenakan adalah tidak benar, pertubuhan itu dapat membersihkan nama mereka.
“Kita harap (isu ini) dapat diselesai dengan cepat dan kita harap badan kawal selia sama ada kawal selia itu adalah SSM ataupun sesiapa untuk melihat dengan lebih prokatif mereka yang cuba mengumpul dana untuk tujuan-tujuan kemanusiaan ini.
“Ia supaya rakyat rasa yakin bahawa bila dia bagi duit itu memang sampai kepada tujuan yang sebenar dan bukannya diseleweng untuk tujuan-tujuan lain,” katanya.
Pada 23 November lalu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.
Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.
Semalam, peguam Aman Palestin, Rafique Rashid mengatakan anak guamnya memberi tempoh selama tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya berhubung isu kutipan dana organisasi itu.
Rafique berkata kenyataan SPRM mengenai 41 akaun Aman Palestin dibekukan membawa fitnah jahat kerana hanya 11 akaun saja dimiliki NGO itu bagi memudahkan penyumbang dan penderma membuat sumbangan dana projek kemanusiaan. — The Merdeka Times
Sumber : Youtube Keluar Sekejap
View this post on Instagram
Antarabangsa
Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
- Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
- “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
- Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.
“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times
-
Terkini21 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini24 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza