Terkini
Umat Islam perlu kuat untuk kalahkan rejim Israel – Tun M
Umat Islam perlu menjadi penganut agama yang kuat untuk mengalahkan Israel dan sekutunya dalam jangka masa panjang.

- Umat Islam perlu mempelajari dan mempunyai kelengkapan moden seperti kereta kebal, pesawat dan senjata.
- Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, menjadi satu fardu kifayah atau kewajiban pertahankan negara sendiri, saudara Islam dan negara Islam yang lain.
- “Untuk jangka panjang umat Islam perlu tunai fardu kifayah iaitu di masa kita hidup didunia ini, kita perlu menentukan kita selamat.
CYBERJAYA – Umat Islam perlu menjadi penganut agama yang kuat untuk mengalahkan Israel dan sekutunya dalam jangka masa panjang.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, menjadi satu fardu kifayah atau kewajiban bukan sahaja untuk mempertahankan negara sendiri tetapi juga saudara Islam dan negara Islam yang lain.
Justeru menurut Mahathir, umat Islam perlu mempelajari dan mempunyai kelengkapan moden seperti kereta kebal, pesawat dan senjata.
Pada ketika ini semua peralatan tersebut terpaksa dibeli daripada negara sekutu Israel seperti Amerika Syarikat yang hanya menjual peralatan yang tidak boleh digunakan untuk menentang mereka.
“Untuk jangka panjang umat Islam perlu tunai fardu kifayah iaitu di masa kita hidup didunia ini, kita perlu menentukan kita selamat.
‘Kalau kita tak selamat sehingga orang kita berhijrah, bukan ke negara Islam tetapi bukan Islam yang dipercayai di sana lebih selamat.
“Sepatutnya orang Islam apabila menghadapi masalah dalam negara, mereka berhijrah ke negara Islam yang lain tetapi mereka dapati negara Islam lain tidak aman, tidak kuat dan tidak boleh beri perlindungan kepada mereka,” kata Mahathir.
Beliau berkata demikian dalam forum Bicara Khas Negarawan dan Majlis Serahan Dana Aid4Palestin bagi membantu rakyat Palestin di Gaza di sini semalam.
Turut hadir Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Aid4Palestine Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Mahathir berkata, ketika ini tidak ada negara Islam yang kuat untuk menahan Israel daripada terus menzalimi penduduk Palestin di Gaza.
Katanya jika terdapat sebuah negara Islam yang kuat dan menjadi kuasa besar seperti Turki satu ketika dahulu, negara Islam dan umat Islam tidak akan dizalimi seperti yang dialami di Palestin, China dan India.
“Kalau nak ikut ajaran agama kita yang menyuruh melindungi orang Islam, kita juga perlu mempunyai kebolehan untuk mempertahankan umat Islam di zaman ini.
“Percayalah kalau Turki umpamanya kembali menjadi kuasa dunia, saya fikir serangan Israel ke atas Palestin akan mengundang serangan balas Turki.
“Tetapi hari ini Turki pun belum mampu untuk mengambil tindakan kerana sudah tentu Amerika Syarikat akan melawan Turki jika tentera negara itu dihantar ke sana,” kata Mahathir.
Pada ketika ini negara dan umat Islam bukan sahaja tidak mampu untuk menghantar tentera malah untuk bercakap juga terhad kerana tidak mempunyai suara yang kuat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sumber: MalaysiaGazette
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel