Connect with us

Terkini

Tidak boleh elak kedatangan pelarian Palestin, MAPIM sokong ratifikasi konvensyen

Sebuah NGO menyokong gesaan supaya Putrajaya meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 sebagai persediaan menguruskan pelarian termasuk dari Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak boleh elak kedatangan pelarian Palestin, MAPIM sokong ratifikasi konvensyen
Foto: Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sokong gesaan supaya Putrajaya meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 sebagai persediaan menguruskan pelarian termasuk dari Palestin.
  • MAPIM berkata kedatangan pelarian dari negara itu yang mungkin memilih Malaysia tidak boleh dielakkan susulan tiada perubahan situasi perang di Semenanjung Gaza walaupun ada desakan gencatan senjata.
  • Menurut presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid, kerajaan perlu bersedia dari sudut undang-undang untuk mengelakkan situasi pelarian tidak terurus berlaku sebelum ini yang memberi kesan kepada ekonomi, sosial, dan keselamatan.
  • “Meratifikasi dokumen itu akan membolehkan pihak komuniti antarabangsa membantu mencari penyelesaian kepada aliran pelarian ke Malaysia,”  katanya kepada FMT.

PETALING JAYA: Sebuah NGO menyokong gesaan supaya Putrajaya meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 sebagai persediaan menguruskan pelarian termasuk dari Palestin.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata kedatangan pelarian dari negara itu yang mungkin memilih Malaysia tidak boleh dielakkan susulan tiada perubahan situasi perang di Semenanjung Gaza walaupun ada desakan gencatan senjata.

Minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima resolusi menyeru kepada gencatan senjata segera dan berkekalan antara tentera Israel dan Hamas di Gaza.

Menurut presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid, kerajaan perlu bersedia dari sudut undang-undang untuk mengelakkan situasi pelarian tidak terurus berlaku sebelum ini yang memberi kesan kepada ekonomi, sosial, dan keselamatan.

“Meratifikasi dokumen itu akan membolehkan pihak komuniti antarabangsa membantu mencari penyelesaian kepada aliran pelarian ke Malaysia.

“Malaysia perlu mewujudkan dasar jelas menyantuni keperluan pelarian,” katanya kepada FMT.

Bulan lalu, seorang aktivis PKR Yuslaini Azmi menggesa kerajaan menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 untuk memberi hak kepada pelarian perang termasuk dari Palestin.

Advertisement

Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian seperti bekerja serta menerima pendidikan.

Mengikut Akta Imigresen, pelarian dianggap pendatang tanpa izin dan berisiko ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal.

Bekas menteri luar Syed Hamid Albar pula berpendapat buat masa ini fokus utama Malaysia perlu bersama komuniti antarabangsa lain mendesak supaya serangan Israel ke atas Palestin dihentikan.

Menurutnya, walaupun kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951, banyak bentuk bantuan lain boleh diberi untuk melindungi pelarian termasuk daripada Palestin.

“Kerajaan akan tengok dari kepentingan nasional dan tanggungjawab sebagai ahli PBB tanpa menjejaskan keselamatan…kita tengok di Asean hanya dua tiga negara sahaja yang meratifikasi Konvensyen Pelarian,” katanya.

Pada 2018, Syed Hamid mengumumkan keputusan dibuat Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaan dan Pusat Rohingya ASEAN yang menggesa kerajaan meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951. 

Advertisement

Sementara itu, pensyarah hal ehwal antarabangsa dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mohd Mizan Aslam berkata kerajaan perlu mengambil kira kesan dan kedaulatan negara sebelum meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951.

Beliau juga bimbang sekiranya pelarian daripada Palestin dibawa ke Malaysia akan menyebabkan misi mempertahankan tanah air mereka terjejas.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending