Connect with us

Terkini

Teruskan boikot semua entiti sokong rejim Israel – Yayasan Al-Quds

Tindakan boikot ialah pendirian moral yang boleh membantu mengurangkan dana yang disalurkan kepada rejim Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tindakan boikot ialah pendirian moral bantu kurangkan dana disalur kepada rejim Israel.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr Sharif Abushammala berkata pihaknya sokong dan galakkan boikot terhadap semua entiti sokong Israel.
  • “Pertamanya, kita menghantar mesej yang jelas kepada syarikat, kerajaan dan negara (yang menyokong Israel) ini bahawa kita ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh sokong mereka untuk membunuh saudara kita di Gaza, Palestin.
  • “Maka, (boikot) ini tindakan moral oleh mana-mana individu pro-Palestin. Kedua, tindakan (boikot) ini berkesan untuk menghukum dan menghentikan, kalau tidak mengurangkan, dana yang disalurkan kepada Israel,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Tindakan boikot ialah pendirian moral yang boleh membantu mengurangkan dana yang disalurkan kepada rejim Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr Sharif Abushammala berkata pihaknya menyokong dan menggalakkan boikot terhadap semua entiti yang menyokong Israel.

“Pertamanya, kita menghantar mesej yang jelas kepada syarikat, kerajaan dan negara (yang menyokong Israel) ini bahawa kita ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh sokong mereka untuk membunuh saudara kita di Gaza, Palestin.

“Maka, (boikot) ini tindakan moral oleh mana-mana individu pro-Palestin. Kedua, tindakan (boikot) ini berkesan untuk menghukum dan menghentikan, kalau tidak mengurangkan, dana yang disalurkan kepada Israel,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

Tambah Sharif, pihaknya memuji tindakan badan-badan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat korporat dan kerajaan yang menjayakan boikot keatas barangan dan perkhidmatan Israel.

Menurutnya, selain melemahkan sumber kewangan kepada Israel, boikot ini juga boleh memberi manfaat ekonomi kepada usahawan tempatan.

Advertisement

“Seperkara lagi, apabila kita sebagai individu atau NGO memboikot barangan (pro-Israel), ia memberi peluang kepada ekonomi tempatan untuk berkembang dan memperkasa sektor pengeluar tempatan tanpa terikat kepada syarikat (pro-Israel) untuk masa akan datang,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending