Terkini
Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin kutip lebih RM790,000 – Exco Johor
Sebanyak RM796,184.75 berjaya dikutip menerusi Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

- Sebanyak RM796,184.75 berjaya dikutip menerusi Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin digerakkan oleh semua masjid dan surau di negeri ini bermula 27 Okt hingga 3 Nov lepas.
- “Sebanyak RM607,304.55 diperoleh dari masjid, manakala RM188,880.20 dari hasil kutipan surau di seluruh negeri Johor.
- “Kutipan juga dibuat oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Pejabat Pendidikan Islam Daerah dan dianggarkan kutipan yang dikumpul adalah sebanyak RM200,000,” katanya dalam kenyataan semalam.
JOHOR BAHRU: Sebanyak RM796,184.75 berjaya dikutip menerusi Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin digerakkan oleh semua masjid dan surau di negeri ini bermula 27 Okt hingga 3 Nov lepas.
“Sebanyak RM607,304.55 diperoleh dari masjid, manakala RM188,880.20 dari hasil kutipan surau di seluruh negeri Johor.
“Kutipan juga dibuat oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Pejabat Pendidikan Islam Daerah dan dianggarkan kutipan yang dikumpul adalah sebanyak RM200,000.
“Kutipan tersebut telah disalurkan terus ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Kementerian Luar Negeri Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Fared dalam pada itu berkata sebagai usaha untuk menggalakkan umat Islam di Johor agar terus menyumbang, JAINJ telah melanjutkan tempoh kutipan tersebut dari 10 hingga 17 Nov depan.
“Diharapkan agar sumbangan ini mampu meringankan beban yang sedang dihadapi oleh rakyat di bumi Palestin.
“Kita juga telah mengarahkan semua masjid dan surau untuk melaksanakan Qunut Nazilah secara Jahar dalam solat lima waktu termasuk solat Jumaat dan melaksanakan solat sunat hajat selepas solat fardhu maghrib bermula 6 Nov lepas, bagi memohon agar peperangan, kesulitan dan kemudaratan yang dihadapi oleh rakyat Palestin segera berakhir,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Astro Awani
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS