Connect with us

Terkini

Selangor gubal undang-undang selepas 57 tapak pelupusan sampah haram dikesan 

Selangor akan meneruskan penggubalan dan pewartaan enakmen atau undang-undang kecil pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam selepas terdapat 57 tapak pelupusan sampah haram aktif dikenal pasti di seluruh negeri.

Wartawan TMT

Published

on

Selangor gubal undang-undang selepas 57 tapak pelupusan sampah haram dikesan 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Selangor akan teruskan penggubalan dan pewartaan enakmen atau undang-undang kecil pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam selepas terdapat 57 tapak pelupusan sampah haram aktif dikenal pasti di seluruh negeri.
  • Tapak pelupusan sampah haram dikesan paling banyak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) iaitu sebanyak 18 tempat diikuti Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) iaitu 13.
  • Kemudian terdapat satu hingga lapan tapak haram di kesan iaitu di Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
  • “Penguatkuasaan bagi Selangor ketika ini adalah terhad di bawah kuasa Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah 2007. Denda bagi pembuangan sampah maksimum adalah RM2,000. Selain itu ia turut mengehadkan tindakan yang boleh diambil kepada pengusaha atau operator tapak sampah haram,” kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Ng Suee Lim  dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

SHAH ALAM: Selangor akan meneruskan penggubalan dan pewartaan enakmen atau undang-undang kecil pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam selepas terdapat 57 tapak pelupusan sampah haram aktif dikenal pasti di seluruh negeri.

Tapak pelupusan sampah haram dikesan paling banyak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) iaitu sebanyak 18 tempat diikuti Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) iaitu 13.

Kemudian terdapat satu hingga lapan tapak haram di kesan iaitu di Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Ng Suee Lim berkata, akta sedia ada iaitu Akta Kerajaan tempatan 1976 tidak mencukupi untuk mengawal operasi tapak pembuangan sampah yang membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat undang-undang kecil.

“Penguatkuasaan bagi Selangor ketika ini adalah terhad di bawah kuasa Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah 2007. Denda bagi pembuangan sampah maksimum adalah RM2,000. Selain itu ia turut mengehadkan tindakan yang boleh diambil kepada pengusaha atau operator tapak sampah haram.

“Kerajaan negeri sedar dan berusaha menambah baik undang-undang berkaitan dengan menggubal Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pada 2020. Namun perkara itu tidak mendapat sambutan daripada Kerajaan Persekutuan pada 2019 dan 2020,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Cheong Kian Young (PH) yang mempersoalkan keberkesanan akta sedia ada dan senarai tapak pembuangan sampah haram aktif di Selangor.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan lebih 300,000 penduduk terkesan akibat kekerapan kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah haram di Batu 14, Jalan Kapar, Klang yang menjadi tempat lokasi pembuangan sisa industri seperti plastik, besi dan minyak.

Kewujudannya sejak lebih 10 tahun lalu menyebabkan wujud pihak tidak bertanggungjawab membakar sisa berkenaan untuk mendapatkan besi berharga seperti kabel elektrik sebelum dijual di kedai besi buruk.

Dalam pada itu, Suee Lim yang juga ADUN Sekinchan menjelaskan, cadangan penggubalan undang-undang kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 kepada Undang-Undang Kecil Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dibentang pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Disember 2014.

“Terkini MMKN pada Jun lalu menimbang dan menolak cadangan pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 bagi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Selangor.

“MMKN bersetuju supaya penggubalan dan pewartaan enakmen atau undang-undang kecil diteruskan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Cadangan draf penggubalan sedang diteliti dan dibincangkan semula dengan semua PBT Selangor sebelum diangkat kepada pihak berkuasa negeri,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending