Antarabangsa
Rejim penjajah Israel terus agresif, tembak mati 8 penduduk Palestin di Tebing Barat
Ketika gencatan senjata dilaksanakan di Semenanjung Gaza, tentera Zionis dilaporkan terus bertindak agresif terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat.
- Ketika gencatan senjata dilaksanakan di Semenanjung Gaza, tentera Zionis dilaporkan terus bertindak agresif terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat.
- Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, tentera Israel menembak mati lapan penduduk di Tebing Barat, termasuk seorang kanak-kanak.
- Agensi Berita Palestin WAFA melaporkan, serbuan Israel dilakukan daripada pelbagai arah di Jenin dengan pasukan tentera melepaskan tembakan rambang, selain mengepung hospital kerajaan dan mengepung ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah.
TEBING BARAT: Ketika gencatan senjata dilaksanakan di Semenanjung Gaza, tentera Zionis dilaporkan terus bertindak agresif terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, tentera Israel menembak mati lapan penduduk di Tebing Barat, termasuk seorang kanak-kanak.
Insiden itu menyaksikan sekurang-kurangnya 239 penduduk Palestin maut ditembak Zionis di Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.
Tentera Israel menembak mati lima penduduk di Jenin pada petang Sabtu dan awal pagi semalam, selain membunuh tiga lagi orang awam di sekitar Tebing Barat.
Dalam pada itu, enam penduduk cedera dalam serbuan Israel di Jenin.
Agensi Berita Palestin WAFA melaporkan, serbuan Israel dilakukan daripada pelbagai arah di Jenin dengan pasukan tentera melepaskan tembakan rambang, selain mengepung hospital kerajaan dan mengepung ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat
Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
- Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
- Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
- “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
- Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
- Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
- The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.
Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.
Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel