Terkini
Rejim penjajah Israel akui lakukan ‘Nakba’ kedua terhadap penduduk Palestin
Pemimpin Israel tidak menyembunyikan niat sebenar mereka apabila mengarahkan lebih 1 juta penduduk di utara Gaza ‘berpindah’ ke selatan.

- Pemimpin Israel tidak sembunyikan niat sebenar mereka apabila mengarahkan lebih 1 juta penduduk di utara Gaza ‘berpindah’ ke selatan.
- Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Israel, Avi Dichter berkata, tindakan itu merupakan ‘Nakba’ atau bencana besar terhadap penduduk Palestin buat kali kedua.
- Dalam wawancara dengan televisyen tempatan, ketika ditanya sama ada rakyat Gaza mempunyai tempat untuk kembali selepas perang, Dichter memberitahu Channel 12 “kami kini sebenarnya, melancarkan Nakba Gaza.”
- Nakba merujuk peristiwa pengusiran besar-besaran penduduk Palestin pada tahun 1948 apabila lebih 700,000 penduduk dihalau dari negara mereka oleh rejim Israel.
TEL AVIV – Pemimpin Israel tidak menyembunyikan niat sebenar mereka apabila mengarahkan lebih 1 juta penduduk di utara Gaza ‘berpindah’ ke selatan.
Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Israel, Avi Dichter secara terus terang berkata, tindakan tersebut merupakan ‘Nakba’ atau bencana besar terhadap penduduk Palestin buat kali kedua.
Dalam wawancara dengan televisyen tempatan, ketika ditanya sama ada rakyat Gaza mempunyai tempat untuk kembali selepas perang, Dichter memberitahu Channel 12 “kami kini sebenarnya, melancarkan Nakba Gaza.”
Nakba merujuk peristiwa pengusiran besar-besaran penduduk Palestin pada tahun 1948 apabila lebih 700,000 penduduk dihalau dari negara mereka oleh rejim Israel.
Mereka melarikan diri daripada dibunuh militan Zionis yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin di kampung, pekan dan bandar.
Israel mengulangi Nakba kedua terhadap penduduk Palestin dengan mengebom dan melancarkan operasi darat yang telah menyebabkan lebih 11,000 maut dan lebih sejuta terpaksa melarikan diri dari utara ke selatan.
Beberapa pemimpin Israel termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata, tentera zionis akan terus berada di Gaza walaupun selepas serangan ke atas penduduk awam tamat.
Sumber: MalaysiaGazette
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas