Terkini
Rejim pengganas Israel akan buat serangan lebih besar selepas gencatan senjata tamat
Gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari di Gaza disifatkan sebagai ‘pintu’ untuk rakyat Palestin bernafas selepas menderita dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel sejak lebih 45 hari lalu.
- Gencatan senjata kemanusiaan empat hari di Gaza disifatkan ‘pintu’ rakyat Palestin bernafas selepas derita dengan kekejaman rejim zionis Israel sejak lebih 45 hari lalu.
- Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, Israel akan lakukan serangan lebih besar sebaik sahaja gencatan senjata tamat.
- “Keganasan Israel dalam operasi terkini di Gaza terlalu parah dan melanggar semua peraturan antarabangsa. Israel tidak peduli tekanan antarabangsa malah berlaku lebih ganas. Oleh itu kami berpendirian tidak ada jalan lain untuk menghentikan penderitaan warga Palestin melainkan perang dihentikan serta hak Palestin dikembalikan.
- “Jelas Israel dan AS tidak mahu menghentikan perang. Mereka mahu menyempurnakan agenda asal iaitu menghapuskan warga Palestin keseluruhannya sama ada diusir atau dibunuh di Gaza,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.
PETALING JAYA: Gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari di Gaza disifatkan sebagai ‘pintu’ untuk rakyat Palestin bernafas selepas menderita dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel sejak lebih 45 hari lalu.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, Israel akan melakukan serangan lebih besar sebaik sahaja gencatan senjata tersebut tamat.
Katanya, gencatan senjata tersebut sangat kritikal tetapi menghentikan perang secara tetap mesti dikuatkuasakan serta merta.
“Keganasan Israel dalam operasi terkini di Gaza terlalu parah dan melanggar semua peraturan antarabangsa. Israel tidak peduli tekanan antarabangsa malah berlaku lebih ganas. Oleh itu kami berpendirian tidak ada jalan lain untuk menghentikan penderitaan warga Palestin melainkan perang dihentikan serta hak Palestin dikembalikan.
“Setakat ini masyarakat dunia kecuali pemerintah Amerika Syarikat (AS) dan beberapa sekutunya mendesak untuk hentikan perang. Namun Israel tidak mempedulikan desakan dunia malah meningkatkan keganasan serta melancarkan genosid dengan niat dan tindakan.
“Israel sudah menyatakan pendirian gencatan senjata empat hari itu tidak akan mengakhiri perang di Gaza. Malah, Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) mengisytiharkan serangan akan diteruskan sebaik sahaja tamat tempoh gencatan senjata itu.
“Jelas Israel dan AS tidak mahu menghentikan perang. Mereka mahu menyempurnakan agenda asal iaitu menghapuskan warga Palestin keseluruhannya sama ada diusir atau dibunuh di Gaza,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Israel dan kumpulan pejuang Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata selama empat hari dan membebaskan tebusan selepas perang berlanjutan daripada 7 Oktober lalu.
Perang yang berlanjutan lebih daripada 45 hari itu mengorbankan sebanyak lebih daripada 17,000 nyawa dan sekurang-kurangnya sejuta rakyat Gaza yang terusir daripada kediaman mereka sendiri.
Mohd Azmi berkata, Israel sudah memusnahkan pelbagai fasiliti dan kemudahan di Gaza seperti hospital, bangunan awam, kilang roti, masjid serta gereja.
Oleh kerana itu, jelasnya, gencatan senjata empat hari tersebut tidak memberi kelebihan kepada Gaza.
“Dunia perlu faham matlamat akhir Israel dan AS selama ini. Seluruh baki kawasan Palestin yang ada iaitu Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur akan dihapuskan sama sekali.
“Mereka mengguna alasan hak mempertahan diri serta alasan agama Yahudi dalam Kitab Taurat kononnya bumi Palestin hak mereka. Manakala AS mahu Israel menjadi negara pengawal rantau Asia Barat dan memastikan kepentingan AS dan sekutu Barat dilindungi,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berpandangan dunia perlu membuat keputusan muktamad iaitu menghentikan operasi serangan Israel dan perang tersebut serta merta.
“Kepungan Gaza selama 17 tahun perlu ditamatkan serta merta. Bantuan kemanusiaan hendaklah dihantar keseluruh Gaza tanpa sekatan dan proses pembangunan semula Gaza perlu dilaksanakan segera.
“Sementara itu, Israel tidak boleh terlepas dari didakwa dimahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang dan jenayah genosid,” tegasnya.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel