Connect with us

Terkini

Rakyat Palestin kecewa hasil sidang kemuncak Arab-Islam

Rakyat Palestin di Gaza menyuarakan kekecewaan dengan resolusi yang diluluskan pada Sidang Kemuncak Tergempar Islam-Arab dan menggesa dunia Islam mencari jalan penyelesaian yang benar-benar praktikal untuk menamatkan pencerobohan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Rakyat Palestin di Gaza suarakan kekecewaan dengan resolusi diluluskan pada Sidang Kemuncak Tergempar Islam-Arab dan gesa dunia Islam cari jalan penyelesaian yang benar-benar praktikal untuk tamatkan pencerobohan Israel.
  • Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed, berkata sama seperti mesyuarat antarabangsa sebelum ini seperti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB berkaitan rakyat Palestin, sidang kemuncak itu juga tidak mencapai apa diharapkan.
  • “Bahasa mereka sangat jelas iaitu mengutuk dan menyalahkan Israel tetapi pada hakikatnya, apa yang kami mahukan ialah resolusi yang praktikal,” katanya kepada Bernama dari Rafah ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
  • Beliau mahu dunia Arab menghentikan eksport minyak ke Israel dan sekutunya selain memutuskan hubungan diplomatik untuk menekan rejim itu.

KUALA LUMPUR: Rakyat Palestin di Gaza menyuarakan kekecewaan dengan resolusi yang diluluskan pada Sidang Kemuncak Tergempar Islam-Arab dan menggesa dunia Islam mencari jalan penyelesaian yang benar-benar praktikal untuk menamatkan pencerobohan Israel.

Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed, berkata sama seperti mesyuarat antarabangsa sebelum ini seperti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB berkaitan rakyat Palestin, sidang kemuncak itu juga tidak mencapai apa yang diharapkan.

“Jika anda tanya kepada mana-mana rakyat Palestin di Gaza, mereka sangat kecewa, amat kecewa dengan resolusi yang dicapai meskipun seperti apa yang saya katakan, ucapan (pemimpin Islam) itu baik, menunjukkan solidariti dan sokongan mereka.

“Bahasa mereka sangat jelas iaitu mengutuk dan menyalahkan Israel tetapi pada hakikatnya, apa yang kami mahukan ialah resolusi yang praktikal,” katanya kepada Bernama dari Rafah ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Abdullah berkata penduduk Gaza berharap dunia Islam akan mengambil langkah yang benar-benar berkesan untuk menekan Israel dan sekutunya untuk menghentikan serangan dan menarik balik kepungan.

Beliau mahu dunia Arab menghentikan eksport minyak ke Israel dan sekutunya selain memutuskan hubungan diplomatik untuk menekan rejim itu.

“Percayalah, Israel akan menghentikan serangan kerana perkara itu penting untuk Eropah dan Amerika. Arab terutamanya negara Teluk, jika mereka mengambil keputusan untuk menghentikan penjualan minyak untuk sehari sahaja, saya yakin dunia terhenti serta-merta,” katanya.

Advertisement

Malah semasa membalas pertanyaan Bernama melalui Whatsapp, beliau berkata bunyi letupan bom kedengaran dari rumahnya sewaktu tentera laut Israel membedil pesisir pantai.

Pada masa sama, kereta kebal Israel membanjiri di timur Gaza dan pesawat tentera penceroboh membedil kawasan kediaman.

“Semalam (Sabtu) ketika kami mahu tidur, kapal terbang Israel menyasarkan sebuah rumah di Rafah dan membunuh beberapa penghuninya,” katanya sambil menambah, kejadian seperti ini (menghentikan serangan) adalah sebenarnya tuntutan penduduk Gaza kerana pembunuhan berterusan setiap minit.

Abdullah berkata amat mengecewakan apabila bantuan kemanusiaan tertakluk kepada kelulusan Israel sedangkan rejim itu yang menyekat kemasukan bahan api yang sangat diperlukan walaupun sempadan Rafah adalah antara Gaza dan Mesir.

“Kami menyeru Mesir dan dunia Arab untuk mengambil pendirian bersatu menentang Israel dan menyatakan bahawa keputusan itu perlu dibuat oleh dunia Arab dan Islam, kami tetap akan masuk ke Gaza walaupun ditekan oleh Israel dan Amerika Syarikat. Ini sebenarnya apa yang kami harapkan daripada sidang kemuncak itu,” katanya.

Sidang kemuncak tergempar bersama pada Sabtu itu, antara lain menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil keputusan yang tegas dan mengikat untuk mengenakan gencatan senjata di Gaza dan mengekang tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Advertisement

Dalam Pernyataan Akhir yang dikeluarkan, sidang kemuncak itu mahu pengepungan ke atas Gaza ditamatkan bagi membolehkan kemasukan segera konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Sementara itu, sukarelawan Palestin, Dr Tareq M Altalmas, berkata apa yang diharapkan daripada sidang kemuncak itu ialah pemimpin Islam mengambil langkah dan pendekatan yang lebih berani.

“Jika ada di antara mereka yang benar-benar berani. Pemimpin Islam mesti datang dan masuk ke Gaza. Banyak pemimpin Barat pergi ke Israel tetapi tiada siapa yang berani masuk ke Gaza,” katanya.

Tareq yang juga penyelaras Global Peace Mission Malaysia (GPM) berkata penduduk Gaza tidak mengharapkan dunia Islam untuk mengerahkan pasukan tentera ke Gaza tetapi berharap menekan Israel untuk menghentikan serangan dan memudahkan bantuan kemanusiaan masuk tanpa halangan.

Tareq yang kini berada di selatan Semenanjung Gaza berkata beliau dan pasukan sukarelawannya akan tetap terus membantu penduduk Gaza walaupun kehabisan barangan keperluan di pasaran.

“Baru-baru ini kami membantu dengan memberi wang tunai kepada penduduk yang dipindahkan dan mereka cuba mencari jalan untuk membeli sendiri barangan yang diperlukan. Kadangkala mereka akan membeli barangan keperluan mereka daripada orang lain,” katanya sambil menambah kini terdapat kira-kira 700,000 orang masih berada di utara Semenanjung Gaza.

Advertisement

Beliau turut menekankan kepentingan membenarkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memasuki kawasan itu memandangkan ribuan rakyat Palestin dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat serangan udara Israel.

Beliau berkata Pertahanan Awam Gaza sudah lumpuh dan GPM turut membantu dalam usaha SAR menggunakan dua kenderaan pertahanan awam yang dikitar semula.

“Jabatan pertahanan awam di Gaza perlu dipulihkan semula. Kami (GPM) mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan mereka dan saya tahu keadaan mereka,” katanya.

Jumlah korban akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober sudah melepasi angka 11,540, termasuk lebih 8,000 wanita dan kanak-kanak manakala 28,200 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending