Terkini
Pengganti Salahuddin sudah ada – PM
PENGGANTI Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah pun dikenal pasti.
- Pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah pun dikenal pasti.
- Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
- Menurut Anwar, portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menggantikan Salahuddin itu akan diisi tidak lama lagi.
- Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mendedahkan siapa calon yang akan mengisi jawatan berkenaan.
- “Ada, ada (calon pengganti),” katanya ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat dan makan tengah hari di Surau Al Furqan, Presint 11, hari ini.
PENGGANTI Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah pun dikenal pasti.
Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
Menurut Anwar, portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menggantikan Salahuddin itu akan diisi tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mendedahkan siapa calon yang akan mengisi jawatan berkenaan.
“Ada, ada (calon pengganti),” katanya ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat dan makan tengah hari di Surau Al Furqan, Presint 11, hari ini.
Desas-desus mengenai rombakan Kabinet menjadi perhatian susulan kekosongan portfolio Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup yang ditinggalkan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.
Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Sebelum ini, Perdana Menteri menyifatkan rombakan Kabinet bukan perkara mendesak kerana hanya satu kekosongan jawatan yang perlu diisi.
Sumber: Utusan TV
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia