Connect with us

Terkini

PDRM akan kumpul maklumat ejen Mossad di negara ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran timbul ugutan terhadap Perdana Menteri yang menyatakan sokongan kepada Gaza dan Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

PDRM akan kumpul maklumat ejen Mossad di negara ini
Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran timbul ugutan terhadap Perdana Menteri yang menyatakan sokongan kepada Gaza dan Palestin.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain, berkata polis melalui pasukan risikan akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan perkara itu.
  • “Ia termasuk isu ejen Mossad, sabotaj ekonomi atau ejen pengintipan. Sekiranya kita mempunyai maklumat terbabit, kita akan tangkap.
  • “Bagaimanapun, untuk PDRM, sememangnya keselamatan dan ketenteraman di bawah Seksyen 3 (Akta Polis 1967) iaitu mengumpul maklumat perisikan adalah tugas kita yang tidak akan abaikan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman semalam.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran timbul ugutan terhadap Perdana Menteri yang menyatakan sokongan kepada Gaza dan Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain, berkata polis melalui pasukan risikan akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan perkara itu.

“Ia termasuk isu ejen Mossad, sabotaj ekonomi atau ejen pengintipan. Sekiranya kita mempunyai maklumat terbabit, kita akan tangkap.

“Bagaimanapun, untuk PDRM, sememangnya keselamatan dan ketenteraman di bawah Seksyen 3 (Akta Polis 1967) iaitu mengumpul maklumat perisikan adalah tugas kita yang tidak akan abaikan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman semalam.

Sebelum ini, Razarudin dalam satu wawancara bersama BH dilaporkan berkata pihaknya mengakui kehadiran kedua-dua pihak perisikan tempatan dan asing, menunjukkan potensi kebimbangan keselamatan yang mereka ajukan kepada Perdana Menteri.

Beliau memetik contoh pembunuhan Fadi Mohamed al-Batsh, 35, seorang profesor Palestin dan anggota Hamas, yang terbunuh dalam kes tembakan di Kuala Lumpur pada 2018, serta penahanan seorang wanita Malaysia tahun lalu kerana menculik seorang warga Palestin, yang dipercayai pakar pengaturcaraan komputer.

Siasatan itu, katanya mendapati wanita itu direkrut oleh agensi perisikan Israel Mossad pada 2016 dan dia berkhidmat sebagai ejen operatif bebas sehingga dia ditangkap.

Advertisement

“Apa yang saya maksudkan ialah jika seorang saintis dalam perisian (pakar pengaturcaraan komputer) untuk Hamas (boleh menjadi sasaran), Perdana Menteri kita lebih berisiko.

“Kita boleh mempunyai lebih ramai pakar perisian tetapi Malaysia hanya mempunyai seorang Perdana Menteri.

“Jadi saya yakin ada ancaman sama ada terhadap nyawanya (Anwar), kepada ekonomi kita dan lain-lain,” katanya.

Pada 24 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending