Antarabangsa
PBB gagal halang rejim Israel bunuh rakyat Palestin, Pegawai tertingginya letak jawatan
PENGARAH Badan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Craig Mokhiber, meletakkan jawatan sebagai bantahan ke pertubuhan itu yang disifatkan gagal dalam menjalankan tugas menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin di Gaza oleh rejim Israel.

- Pengarah Badan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Craig Mokhiber, letak jawatan sebagai bantahan ke pertubuhan itu yang disifatkan gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin di Gaza oleh rejim Israel.
- Dalam surat perletakkan jawatannya, Mokhiber berkata Amerika Syarikat (AS), UK dan sebahagian kuasa besar Eropah bersubahat sepenuhnya dalam serangan ngeri berkenaan.
- Mokhiber menulis pada 28 Oktober kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB, Volker Turk di Geneva yang surat berkenaan menjadi komunikasi terakhirnya sebagai pegawai tertinggi PBB di New York.
- “Pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin adalah kesinambungan penganiayaan selama berdekad-dekad ..dan ia hanya berdasarkan sepenuhnya status mereka sebagai orang Arab,” tegasnya.
PENGARAH Badan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Craig Mokhiber, meletakkan jawatan sebagai bantahan ke pertubuhan itu yang disifatkan gagal dalam menjalankan tugas menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin di Gaza oleh rejim Israel.
Dalam surat perletakkan jawatannya, Mokhiber berkata Amerika Syarikat (AS), UK dan sebahagian kuasa besar Eropah bersubahat sepenuhnya dalam serangan ngeri berkenaan.
Mokhiber menulis pada 28 Oktober kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB, Volker Turk di Geneva yang surat berkenaan menjadi komunikasi terakhirnya sebagai pegawai tertinggi PBB di New York.
Mokhiber juga mengakui bahawa sekali lagi PBB dilihat tidak berdaya menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di hadapan mata.
“Sebelum ini, PBB telah gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai terhadap Tutsi di Rwanda, Muslim di Bosnia, Yazidi di Kurdistan Iraq dan Rohingya di Myanmar.
“Pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin adalah kesinambungan penganiayaan selama berdekad-dekad.. dan ia hanya berdasarkan sepenuhnya status mereka sebagai orang Arab,” tegasnya.
Mokhiber menambah, apa yang berlaku di Palestin merupakan contoh yang menepati definisi pembunuhan beramai-ramai.
“AS, UK dan kebanyakan negara Eropah bukan sahaja enggan mematuhi kewajiban perjanjian di bawah Konvensyen Geneva, malah mengukuhkan serangan Israel serta menyediakan perlindungan diplomatik dan politik,” katanya.
Dalam surat perletakkan jawatannya, Mokhiber juga menyeru agar kezaliman Israel dihentikan.
Beliau juga menyokong penubuhan negara sekular tunggal yang demokratik di seluruh Palestin dengan hak yang sama diberikan kepada orang Kristian, Islam, dan Yahudi.
Mokhiber telah bekerja untuk PBB sejak 1992 dengan berkhidmat dalam beberapa jawatan berpengaruh tinggi
Beliau juga mengetuai kerja pesuruhjaya tinggi dalam merangka pendekatan pembangunan berasaskan hak asasi manusia, dan bertindak sebagai penasihat kanan hak asasi manusia di Palestin, Afghanistan dan Sudan.
Dalam peranannya sebagai pengarah pejabat pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia di New York, beliau pernah diserang oleh kumpulan pro-Israel kerana komennya di media sosial.
Beliau juga pernah dikritik kerana menyiarkan sokongan terhadap gerakan boikot, pelepasan, sekatan (BDS) dan menuduh Israel melakukan apartheid – tuduhan yang diulanginya dalam surat persaraannya.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas