Connect with us

Terkini

Pampasan akhir waris MH17 tertakluk pembuktian kerugian

Jumlah bayaran pampasan akhir yang diberi kepada waris mangsa tragedi pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) tertakluk kepada pembuktian kerugian yang dialami penumpang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jumlah bayaran pampasan akhir diberi kepada waris mangsa tragedi pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) tertakluk kepada pembuktian kerugian dialami penumpang.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pembuktian kerugian dinilai mengikut prinsip undang-undang dan tertakluk kepada Konvensyen Montreal.
  • “Namun begitu saya difahamkan apabila berlakunya MH17 ini, melalui syarikat penerbangan, keluarga penumpang telah diberikan pampasan sebelum ini.
  • “Tetapi jumlah itu perkara yang sulit antara syarikat penerbangan dengan keluarga penumpang,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat semalam.

KUALA LUMPUR: Jumlah bayaran pampasan akhir yang diberi kepada waris mangsa tragedi pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) tertakluk kepada pembuktian kerugian yang dialami penumpang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pembuktian kerugian itu dinilai mengikut prinsip undang-undang dan tertakluk kepada Konvensyen Montreal.

“Namun begitu saya difahamkan apabila berlakunya MH17 ini, melalui syarikat penerbangan, keluarga penumpang telah diberikan pampasan sebelum ini.

“Tetapi jumlah itu perkara yang sulit antara syarikat penerbangan dengan keluarga penumpang,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat semalam.

Sebelum ini, dilaporkan pesawat malang MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine, dipercayai ditembak jatuh di ruang udara negara bergolak itu pada 17 Julai 2014.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu, Loke berkata, kerajaan ada menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa pemandu kereta dan penunggang motosikal maut susulan kejadian.

“Kerajaan juga bantu, ada juga daripada syarikat e-hailing juga membantu,” katanya.

Dalam kejadian 2.50 petang, 17 Ogos lalu, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat terbabit terhempas di Elmina.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua lagi ialah pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Sumber: Buletin tv3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
  • Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
  • Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 
  • “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
  • Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.

Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 

Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.

“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.

Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending