Connect with us

Terkini

Misi kemanusiaan di Gaza sengaja dihalang – Agensi PBB

Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNRWA), memberi amaran agensi itu berkemungkinan terpaksa menangguhkan misi kemanusiaan di Gaza berikutan percaya ada percubaan menghalang usaha murni terbabit.

Wartawan TMT

Published

on

Misi kemanusiaan di Gaza sengaja dihalang - Agensi PBB
Foto: Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini.
  • Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNRWA), beri amaran agensi itu berkemungkinan terpaksa tangguhkan misi kemanusiaan di Gaza berikutan percaya ada percubaan menghalang usaha murni terbabit.
  • Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata misi kemanusiaan itu berisiko ditangguhkan kerana kekurangan bahan api disebabkan wujudnya halangan dalam membawa bekalan itu ke Semenanjung Gaza.
  • “Oleh kerana kekurangan bahan api, kami tidak dapat membawa lori melintasi selatan Semenanjung Gaza walaupun ramai yang menunggu bantuan kemanusiaan itu,” katanya yang merujuk kepada lintasan Rafah dengan Mesir, iaitu satu-satunya laluan dibuka untuk bantuan.

GENEVA: Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNRWA), memberi amaran agensi itu berkemungkinan terpaksa menangguhkan misi kemanusiaan di Gaza berikutan percaya ada percubaan menghalang usaha murni terbabit.

Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata misi kemanusiaan itu berisiko ditangguhkan adalah kerana kekurangan bahan api disebabkan wujudnya halangan dalam membawa bekalan itu ke Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, selain itu, banyak perkhidmatan disediakan UNRWA yang menyokong lebih 800,000 penduduk kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza akibat dikepung Israel, ditutup termasuk puluhan telaga air, dua loji air dan stesen pam kumbahan.

“Saya percaya ada percubaan sengaja untuk menghalang dan melumpuhkan operasi sehingga kami berdepan risiko terpaksa menangguhkan keseluruhan misi kemanusiaan ini.

“Ia sesuatu yang melampau apabila agensi kemanusiaan terpaksa mengemis untuk mendapatkan bahan api,” katanya kepada pemberita di Geneva.

Pada masa sama, Lazzarini berkata, organisasi itu sudah membuat rayuan sejak beberapa minggu lalu untuk mendapatkan akses kepada bahan api, dan ia buat pertama kali dihantar ke Gaza, Rabu lalu, sejak tercetusnya perang Israel dan Palestin, 7 Oktober lalu.

Beliau berkata, bahan api itu membabitkan sebanyak 24,000 liter diesel untuk diisi ke dalam lori yang membawa bantuan PBB, namun ia tidak mencukupi dengan keperluan penduduk di Gaza.

Advertisement

“Oleh kerana kekurangan bahan api, kami tidak dapat membawa lori melintasi selatan Semenanjung Gaza walaupun ramai yang menunggu bantuan kemanusiaan itu,” katanya yang merujuk kepada lintasan Rafah dengan Mesir, iaitu satu-satunya laluan dibuka untuk bantuan.

Sebelum ini, Israel dilaporkan menghalang kemasukan bahan api import, kerana ia dikhuatiri digunakan pejuang Palestin, Hamas bagi tujuan ketenteraan.

Namun menurut Lazzarini, tanpa bahan api, pihaknya memberi amaran, ia akan menyebabkan lebih ramai orang awam terkorban, walaupun bukan maut disebabkan serangan ketenteraan rejim Israel.

“Jika bahan api tidak dibawa masuk, kita tidak boleh mengelak daripada kenyataan bahawa orang akan mula mati kerana kekurangan keperluan itu… lebih baik bahan api itu dibawa masuk dalam tempoh segera, sebelum berlaku perkara tidak diingini.

“Kehabisan semua sumber tenaga boleh mencetuskan atau mempercepatkan kegagalan misi awam terakhir yang kita ada di Semenanjung Gaza,” katanya.

Sebelum ini, menurut syarikat telekomunikasi utama Gaza, Paltel dan Jawwal, semua perkhidmatan telekom di enklaf yang berpenduduk padat, terputus kerana kehabisan semua sumber tenaga. – REUTERS

Advertisement

Sumber : Berita Harian

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending