Terkini
Maklumat salah krisis yang semakin meningkat – PM Anwar
Maklumat yang salah dan palsu yang memudaratkan merupakan krisis semakin meningkat yang mencapai titik kritikal, menandakan keperluan segera untuk campur tangan kerajaan dan kerjasama antarabangsa bagi mengekang keadaan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Maklumat salah dan palsu yang memudaratkan merupakan krisis semakin meningkat yang mencapai titik kritikal, menandakan keperluan segera campur tangan kerajaan dan kerjasama antarabangsa bagi mengekang keadaan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Beliau seru syarikat teknologi, khususnya yang berkembang maju di Lembah Silikon, menjalankan tanggungjawab penting sebagai penjaga komunikasi moden.
- “Mereka ditugaskan dengan dasar pelaksanaan yang menentang maklumat salah dan maklumat palsu sambil menegakkan hak kebebasan bersuara,” kata beliau pada syarahan khas bertajuk “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific,” di University of California di sini pada Rabu.
SAN FRANCISCO — Maklumat yang salah dan palsu yang memudaratkan merupakan krisis semakin meningkat yang mencapai titik kritikal, menandakan keperluan segera untuk campur tangan kerajaan dan kerjasama antarabangsa bagi mengekang keadaan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyeru syarikat teknologi, khususnya yang telah berkembang maju di Lembah Silikon, menjalankan tanggungjawab penting sebagai penjaga komunikasi moden.
“Mereka ditugaskan dengan dasar pelaksanaan yang menentang maklumat salah dan maklumat palsu sambil menegakkan hak kebebasan bersuara,” kata beliau pada syarahan khas bertajuk “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific,” di University of California di sini pada Rabu.
Kawasan Teluk San Francisco menempatkan banyak syarikat Fortune 500 terbesar di dunia seperti Tesla, Uber, Salesforce, Pixar, Netflix, Lucasfilm Ltd, Levi Strauss dan beberapa firma paling inovatif dalam pembangunan AI (kecerdasan buatan), bioteknologi, perisian, teknologi bersih dan media sosial.
Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2023 berkata adalah penting untuk melaksanakan penyelesaian teknologi termaju dan penyederhanaan kandungan manusia yang kukuh berdasarkan konteks tempatan.
“Langkah ini dan komitmen terhadap ketelusan dan akauntabiliti adalah penting untuk platform ini berfungsi sebagai saluran untuk dialog yang membina dan bukannya saluran untuk penipuan dan manipulasi.
“Ketika kita menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku ini, marilah kita menghadapinya sebagai seruan yang jelas untuk memperkukuh dan meremajakan institusi demokratik untuk era digital,” kata Anwar di hadapan lebih 250 pelajar.
Anwar berkata inilah masanya untuk menjalin perkongsian yang lebih kukuh dan memanfaatkan inovasi yang dapat melindungi masyarakat dan struktur kehidupan kolektif.
“Demokrasi, walaupun ada kelemahan, kekal sebagai harapan terbaik dan ketahanannya bergantung kepada kewaspadaan dan penambahbaikan berterusan, selari dengan dedikasi mereka yang mendahului kita,” kata beliau. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas