Terkini
Lubnan serang serentak 19 kedudukan Israel sepanjang sempadan
Kumpulan Hizbullah di Lubnan menyerang 19 kedudukan Israel secara serentak di sepanjang sempadan menyebabkan berlakunya serangan balas daripada rejim zionis itu semalam.
- Kumpulan Hizbullah di Lubnan menyerang 19 kedudukan Israel secara serentak di sepanjang sempadan menyebabkan berlakunya serangan balas daripada rejim zionis itu semalam.
- Kumpulan bersenjata disokong Iran itu berkata mereka menyasarkan kedudukan tentera Israel sepanjang sempadan secara serentak pada 3:30 petang (13:30 GMT) semalam dengan “peluru berpandu, peluru meriam” dan senjata-senjata lain.
- Tentera Israel berkata mereka melakukan “serangan meluas” terhadap kumpulan itu, di mana “pesawat perang dan helikopter” menyasarkan Hizbullah.
- Briged bersenjata Hamas berpangkalan di Lubnan berkata, mereka menembak sedozen roket ke bandar itu “sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai pendudukan terhadap rakyat mereka di Gaza”.
Kumpulan Hizbullah di Lubnan menyerang 19 kedudukan Israel secara serentak di sepanjang sempadan menyebabkan berlakunya serangan balas daripada rejim zionis itu semalam.
Kumpulan bersenjata disokong Iran itu berkata mereka menyasarkan kedudukan tentera Israel sepanjang sempadan secara serentak pada 3:30 petang (13:30 GMT) semalam dengan “peluru berpandu, peluru meriam” dan senjata-senjata lain.
Tentera Israel berkata mereka melakukan “serangan meluas” terhadap kumpulan itu di mana “pesawat perang dan helikopter” menyasarkan Hizbullah.
Serangan roket mencederakan dua orang di bandar Israel Kiryat Shmona berhampiran sempadan Lubnan, kata pegawai perubatan kecemasan Israel, Magen David Adom.
Briged bersenjata Hamas yang berpangkalan di Lubnan berkata, mereka menembak sedozen roket ke bandar itu “sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai pendudukan terhadap rakyat mereka di Gaza”.
Sempadan Israel-Lubnan menyaksikan peningkatan serangan balas yang kian meningkat, terutama di antara tentera Israel dan sekutu Hamas, Hizbullah.
Sejak perang bermula, lebih 9,000 rakyat Palestin di Gaza terkorban, manakala Israel mencatatkan lebih 1,400 warganya – yang majoritinya terkorban dalam serangan balas Hamas di selatan Israel 7 Oktober lalu.
Sumber: Al Jazeera
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times