Connect with us

Terkini

LKAN : ‘Ada jam patut harga RM400 tapi caj RM4,000’- PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua ketua jabatan kerajaan meneliti setiap teguran dan syor yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Wartawan TMT

Published

on

LKAN : ‘Ada jam patut harga RM400 tapi caj RM4,000’- PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa semua ketua jabatan kerajaan teliti setiap teguran dan syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
  • Perdana Menteri berkata, penelitian itu harus dibuat bukan sahaja apa yang menyentuh mengenai jabatan berkenaan, tetapi melihat keseluruhan usul dan cadangan menerusi laporan itu untuk memperbaiki tatakelola pengurusan dan pentadbiran.
  • Beliau berkata, ini termasuk menilai soal ketirisan dan kerugian kepada negara mencecah berbilion ringgit, sama ada ia disebabkan pemberian subsidi itu tersasar atau tidak memberi perhatian serius terhadap setiap teguran dalam LKAN yang dikeluarkan setiap tahun.
  • Kata beliau, ada masalah yang dibangkitkan menerusi laporan itu masih berulang   berlaku setiap tahun kerana pemantauan yang lemah.
  • “Contohnya ada jam yang patut RM400 tapi caj RM4,000. Ada buku sekolah tak sampai kepada pelajar tetapi dibayar (peruntukan itu), perkara begini kadang-kadang berulang kerana pemantauan lemah,” katanya ketika perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua ketua jabatan kerajaan meneliti setiap teguran dan syor yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Anwar berkata, penelitian itu harus dibuat bukan sahaja apa yang menyentuh mengenai jabatan berkenaan, tetapi melihat keseluruhan usul dan cadangan menerusi laporan itu untuk memperbaiki tatakelola pengurusan serta pentadbiran.

Beliau berkata, ini termasuk menilai soal ketirisan dan kerugian kepada negara mencecah berbilion ringgit, sama ada ia disebabkan pemberian subsidi itu tersasar atau tidak memberi perhatian serius terhadap setiap teguran dalam LKAN yang dikeluarkan setiap tahun.

“Saya betul-betul berharap setiap ketua jabatan, ketua pengarah dan ketua setiausaha kementerian harus meminitkan perbincangan mengenai LKAN supaya disampaikan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Langkah ini supaya dapat dipastikan agar dibincangkan kerangka besar isu laporan dan teguran LKAN dan (apa sahaja terkait) secara khusus yang menyinggung kedudukan di jabatan itu.

“Dengan cara demikian, ia tidak diulang masalah sama,” katanya ketika perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Anwar berkata, ulasan LKAN adalah menjadi amalan ketika beliau menjawat Menteri Kewangan dalam pentadbiran kerajaan terdahulu yang ketika itu mempengerusikan Jawatankuasa Antirasuah.

Advertisement

Kata beliau, ada masalah yang dibangkitkan menerusi laporan itu masih berulang   berlaku setiap tahun kerana pemantauan yang lemah.

“Contohnya ada jam yang patut RM400 tapi caj RM4,000. Ada buku sekolah tak sampai kepada pelajar tetapi dibayar (peruntukan itu), perkara begini kadang-kadang berulang kerana pemantauan lemah.

“Ini yang kita kata kerja tanpa nilai. Jadi mudah-mudahan dapat digabungkan (kerja dengan nilai) supaya jangan jadi slogan sahaja, tapi dapat dihayati,” katanya.

Sumber: UTUSAN

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending