Terkini
Kuasa veto punca tiada tindakan dikenakan terhadap rejim Israel – Penganalisis
Kuasa veto yang dipegang oleh lima negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) ialah punca kepada kebuntuan kemelut Palestin-Israel.

- Kuasa veto yang dipegang lima negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) ialah punca kepada kebuntuan kemelut Palestin-Israel.
- Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata negara-negara kuasa besar ini telah menyebabkan tiada sebarang tindakan atau hukuman boleh dikenakan terhadap kezaliman yang dilakukan rejim zionis.
- “Masalah kita ialah dengan penyokong Israel dari Barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang ada kuasa veto (dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC)). Bila kita ada lima negara veto ini kita tidak boleh buat apa-apa kepada Israel,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Kuasa veto yang dipegang oleh lima negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) ialah punca kepada kebuntuan kemelut Palestin-Israel.
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata negara-negara kuasa besar ini telah menyebabkan tiada sebarang tindakan atau hukuman boleh dikenakan terhadap kezaliman yang dilakukan rejim zionis.
“Masalah kita ialah dengan penyokong Israel dari Barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang ada kuasa veto (dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC)). Bila kita ada lima negara veto ini kita tidak boleh buat apa-apa kepada Israel,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Selain itu, Abdel Rahman berkata, tindakan untuk mempertanggungjawab Israel terhadap segala kekejaman yang berlaku juga sukar memandangkan rejim tersebut tidak menjadi ahli kepada Statut Rom.
Kesannya ialah rejim zionis tidak boleh dipanggil dan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
“Sekarang ini memang Israel dipanggil banyak kali (ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)) tetapi ada satu perkara iaitu ICC tidak ada kuasa ke atas Israel. Kita perlu faham perkara ini. Ini kerana semua ahli ICC perlu ratifikasi Statut Rom yang menjadi asas kepada penubuhan ICC. Israel bukan ahli,” jelasnya.
Oleh itu, Abdel Rahman berkata, tekanan melalui tindakan perundangan terus dilaksanakan dengan cara menuntut ganti rugi kepada segala kerosakan yang disebabkan oleh Israel kepada penduduk Palestin.
“Ketika ini ramai peguam Palestin yang pakar dalam undang-undang antarabangsa menawarkan diri untuk buat aduan ke atas Israel. Sekarang mereka minta orang Palestin; tanpa mengira diri sendiri, waris, atau ibu bapa mereka, yang ada kerakyatan negara-negara Barat yang menanggung sebarang bentuk kerugian untuk kemukakan dokumen kepada peguam-peguam ini untuk difailkan aduan,” jelasnya.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS