Connect with us

Terkini

KPKM berhak batal serta-merta, gantung lesen pihak gagal patuhi Akta 522

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhak untuk membatalkan serta-merta atau menggantung setiap lesen mana-mana pihak sekiranya didapati gagal mematuhi perundangan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

Wartawan TMT

Published

on

KPKM berhak batal serta-merta, gantung lesen pihak gagal patuhi Akta 522
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhak batalkan serta-merta atau gantung lesen pihak gagal patuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
  • KPKM dalam kenyataan memaklumkan kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak kenakan tindakan kepada pihak gagal patuhi akta berkenaan.
  • KPKM memandang serius berkaitan kekurangan bekalan Benih Padi Sah (BPS) dalam pasaran kerana ia merupakan isu kritikal yang perlu ditangani segera.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhak untuk membatalkan serta-merta atau menggantung setiap lesen mana-mana pihak sekiranya didapati gagal mematuhi perundangan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

KPKM dalam kenyataan memaklumkan kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak untuk mengenakan tindakan itu sekiranya terdapat pihak gagal mematuhi akta berkenaan.

Menurut kenyataan itu, KPKM memandang serius berkaitan kekurangan bekalan Benih Padi Sah (BPS) dalam pasaran kerana ia merupakan isu kritikal yang perlu ditangani segera.

“Sehubungan itu, KPKM melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melancarkan Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) Zon Utara yang akan dilaksanakan selama dua minggu bermula Selasa (7 Nov) hingga 21 Nov 2023 ini.

“Task Force OP BPS ini melibatkan KPB negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak bertujuan memastikan bekalan pengedaran dan penjualan BPS mencukupi serta mematuhi harga kawalan runcit baharu berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pengarah KPB Bilangan 6/2023,” menurut kenyataan itu.

KPKM memaklumkan Task Force OP BPS di peringkat Zon Utara itu menyasarkan pengeluar BPS dan agen peruncit di negeri Kedah yang mendapat kebenaran menjual benih padi sah kepada pesawah. — BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending