Terkini
KKM buka permohonan pasukan perubatan ke Gaza
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang membuka permohonan kepada pasukan perubatannya yang boleh dimobilisasikan ke Semenanjung Gaza, Palestin sebaik sahaja kebenaran memasuki negara itu diberikan.

- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buka permohonan kepada pasukan perubatan yang boleh dimobilisasikan ke Semenanjung Gaza, Palestin sebaik sahaja kebenaran masuk negara itu diberikan.
- Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, permohonan atas talian adalah secara sukarelawan di mana mereka yang terpilih akan didedahkan dengan latihan persediaan bersesuaian dengan bencana perang.
- “Kita akan laksanakan latihan tetapi jumlah permohonan belum ada lagi dan akan diberikan kemudian berapa ramai yang mohon jadi sukarelawan di sana.
- “Kita pun sedang tunggu dan bekerja rapat dengan pasukan Palang Merah dan sebagainya termasuk Mercy yang berkhidmat di sana serta agensi kerajaan lain. Itu persediaan di peringkat kami,” katanya selepas merasmikan Program Hari Integriti KKM Tahun 2023 di kementeriannya semalam.
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang membuka permohonan kepada pasukan perubatannya yang boleh dimobilisasikan ke Semenanjung Gaza, Palestin sebaik sahaja kebenaran memasuki negara itu diberikan.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, permohonan atas talian itu adalah secara sukarelawan di mana mereka yang terpilih akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian dengan bencana perang.
“Dalam pemantauan kita (pasukan perubatan) dan telah pun buka permohonan secara atas talian kepada anggota kesihatan yang bersedia untuk dihantar ke sana.
“Kita akan laksanakan latihan tetapi jumlah permohonan belum ada lagi dan akan diberikan kemudian berapa ramai yang mohon jadi sukarelawan di sana.
“Kita pun sedang tunggu dan bekerja rapat dengan pasukan Palang Merah dan sebagainya termasuk Mercy yang berkhidmat di sana serta agensi kerajaan lain. Itu persediaan di peringkat kami.
“Semalam (Selasa) kami juga keluarkan kenyataan untuk terus hantar menyediakan bantuan kemudahan perubatan kerana ramai yang berdepan kecederaan yang tinggi di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Hari Integriti KKM Tahun 2023 di kementeriannya semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan KKM kelmarin mengenai penghantaran pasukan perubatan dan bersedia serta telah mengenal pasti pasukan perubatan yang boleh dimobilisasikan sebaik sahaja kebenaran diberikan.
KKM berkata, pasukan perubatan itu juga akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana akan terlibat dalam merawat mangsa-mangsa bencana peperangan.
“Penghantaran akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri dan agensi awam lain serta koordinasi oleh International Red Crescent,” kata KKM lagi.
Sumber: MalaysiaGazette
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas