Connect with us

Terkini

Kedutaan Mesir didakwa ‘halau’ NGO hantar memorandum tuntut buka sempadan Rafah tanpa syarat

Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) kesal selepas cubaan menghantar memorandum mengenai isu Gaza ‘dihalau’ Kedutaan Mesir di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Kedutaan Mesir didakwa ‘halau’ NGO hantar memorandum tuntut buka sempadan Rafah tanpa syarat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) kesal selepas cubaan hantar memorandum isu Gaza ‘dihalau’ Kedutaan Mesir di ibu negara.
  • Pengerusinya, Dr Zuraidah Kornain berkata, seramai lima wakil mereka dilayan secara kasar oleh pihak kedutaan berkenaan pagi semalam, malah memorandum itu juga ditolak.
  • “Kami amat berdukacita dengan layanan amat kasar ketika lima wakil kami mahu menghantar memorandum agar Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat tapi kami dihalau.
  • “Saya guna perkataan halau kerana mereka terus menolak memorandum kami, malah tiada seorang pegawai mereka pun mahu berbincang soal itu,” katanya ketika berhimpun bersebelahan Kedutaan Mesir, di sini, hari ini.
  • Antara tuntutan memorandum itu ialah menghentikan pembunuhan di Gaza, membuka sempadan Rafah tanpa syarat serta memudahkan bantuan kemanusian dan perubatan.

KUALA LUMPUR – Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) kesal selepas cubaan menghantar memorandum mengenai isu Gaza ‘dihalau’ Kedutaan Mesir di ibu negara.

Pengerusinya, Dr Zuraidah Kornain berkata, seramai lima wakil mereka dilayan secara kasar oleh pihak kedutaan berkenaan pagi semalam, malah memorandum itu juga ditolak.

“Kami amat berdukacita dengan layanan amat kasar ketika lima wakil kami mahu menghantar memorandum agar Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat tapi kami dihalau.

“Saya guna perkataan halau kerana mereka terus menolak memorandum kami, malah tiada seorang pegawai mereka pun mahu berbincang soal itu,” katanya ketika berhimpun bersebelahan Kedutaan Mesir, di sini, hari ini.

Jelasnya, mereka telah menghantar e-mel kepada pihak kedutaan pada 13 November lalu untuk memohon diadakan pertemuan, namun tiada maklum balas diterima.

“Sampai ke hari ini pihak kedutaan tidak jawab e-mel berkenaan, jadi kami terus bertindak hadir ke kedutaan untuk hantar memorandum selepas mendapat keizinan pihak polis, malangnya kedatangan kami ditolak,” ujarnya.

Zuraidah menambah, kesemua usaha menghantar memorandum berkenaan sebelum ini diterima oleh Kedutaan Amerika Syarikat, Suruhanjaya Tinggi British serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kecuali Kedutaan Mesir.

Advertisement

Antara tuntutan memorandum itu ialah menghentikan pembunuhan di Gaza, membuka sempadan Rafah tanpa syarat serta memudahkan bantuan kemanusian dan perubatan.

Sementara itu, Penasihat Kehormat MWCQP, Dr Fauziah Mohd Hassan berkata, pengeboman rejim Israel terhadap hospital di Gaza adalah satu jenayah perang.

“Kami adalah sebahagian daripada Gabungan Kesihatan Global Menentang Genosid mengecam serangan rejim Israel yang membahayakan nyawa pesakit dan pencerobohan terhadap hospital yang dilarang dalam Konvensyen Geneva.”

Malah katanya, kenyataan doktor Israel menyeru tentera mereka untuk memusnahkan hospital di Gaza turut menggambarkan kezaliman sehingga sanggup melanggar etika perubatan. 

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending