Antarabangsa
Jordan terbuka kepada ‘semua pilihan’ tangani pencerobohan rejim Israel
Jordan semalam berkata, pihaknya terbuka kepada ‘semua pilihan’ untuk bertindak balas sekiranya Israel terus gagal membezakan antara sasaran tentera dan orang awam di Semenanjung Gaza.

- Jordan semalam berkata, pihaknya terbuka kepada ‘semua pilihan’ untuk bertindak balas sekiranya Israel terus gagal membezakan antara sasaran tentera dan orang awam di Semenanjung Gaza.
- Ia mendakwa sebahagian besar serangan Israel menyasarkan orang awam ketika rejim Yahudi itu mempertingkatkan siri pengeboman serta pencerobohan menjadi semakin sengit di Semenanjung Gaza.
- Perdana Menteri Jordan, Bisher al Khasawneh, tidak memperincikan apa langkah akan diambil Jordan, beberapa hari selepas ia memanggil semula dutanya dari Israel sebagai bantahan terhadap serangan ke atas Gaza.
- “Jordan terbuka kepada semua pilihan yang ada dalam menangani pencerobohan Israel ke atas Gaza dan kesannya,” katanya kepada media kerajaan.
AMMAN: Jordan semalam berkata, pihaknya terbuka kepada ‘semua pilihan’ untuk bertindak balas sekiranya Israel terus gagal membezakan antara sasaran tentera dan orang awam di Semenanjung Gaza.
Ia mendakwa sebahagian besar serangan Israel menyasarkan orang awam ketika rejim Yahudi itu mempertingkatkan siri pengeboman serta pencerobohan menjadi semakin sengit di Semenanjung Gaza.
Perdana Menteri Jordan, Bisher al Khasawneh, tidak memperincikan apa langkah akan diambil Jordan, beberapa hari selepas ia memanggil semula dutanya dari Israel sebagai bantahan terhadap serangan ke atas Gaza.
Jordan minggu lalu turut mengumumkan bahawa duta Israel yang meninggalkan Amman sejurus selepas serangan Hamas, tidak akan dibenarkan pulang dan mengisytiharkan individu itu sebagai ‘persona non grata’.
“Jordan terbuka kepada semua pilihan yang ada dalam menangani pencerobohan Israel ke atas Gaza dan kesannya,” katanya kepada media kerajaan.
Jordan menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1994.
Khasawneh berkata, tindakan Israel melakukan pengepungan ke atas Gaza yang dihuni ramai penduduk bukanlah bagi mempertahankan diri, sebagaimana yang dipertahankan.
“Serangan kejam Israel tidak membezakan di antara sasaran awam dan tentera, ia turut meluas ke kawasan selamat dan menyasarkan ambulans,” katanya.
Israel sebelum ini menafikan sengaja menyasarkan orang awam di kawasan yang berpenduduk padat, malah mendakwa Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai, bertindak menggali terowong di bawah hospital dan menggunakan ambulans untuk mengangkut pejuangnya.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Israel berkata ‘hubungan negara itu dengan Jordan adalah kepentingan strategik kepada kedua-dua negara dan menyuarakan kekesalan susulan kenyataan oleh pemimpin Jordan.
Menurut seorang diplomat, Jordan sedang mengkaji semula hubungan ekonomi, keselamatan dan politiknya dengan Israel dan mungkin membekukan atau membatalkan sebahagian daripada perjanjian damainya jika konflik Gaza bertambah buruk.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas