Connect with us

Antarabangsa

Jordan arah duta ke Israel pulang segera

Jordan memanggil pulang dutanya di Israel dengan segera sebagai tindak balas kepada insiden peperangan berterusan yang sedang berlaku di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Jordan arah duta ke Israel pulang segera
Foto: Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
  • Jordan memanggil pulang dutanya di Israel dengan segera sebagai tindak balas kepada insiden peperangan berterusan yang sedang berlaku di Gaza.
  • Al Jazeera melaporkan Jordan mendakwa apa dilakukan Israel adalah “malapetaka kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.
  • “Menteri Luar Ayman Safadi memutuskan untuk segera memanggil semula duta Jordan ke Israel,” kata Kementerian Luar Jordan dalam satu kenyataan.
  • Perkara itu cerminan bantahan Amman terhadap “perang Israel yang (berterusan) membunuh orang yang tidak bersalah di Gaza”.
  • Kementerian itu memaklumkan utusannya hanya akan kembali jika Israel menghentikan peperangan (yang terus dilancarkan) ke atas wilayah yang terkepung itu selain mengarahkan Israel untuk memanggil semula dutanya yang berada di Jordan.

Jordan memanggil pulang dutanya di Israel dengan segera sebagai tindak balas kepada insiden peperangan berterusan yang sedang berlaku di Gaza.

Al Jazeera melaporkan Jordan mendakwa apa dilakukan Israel adalah “malapetaka kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.

“Menteri Luar Ayman Safadi memutuskan untuk segera memanggil semula duta Jordan ke Israel,” kata Kementerian Luar Jordan dalam satu kenyataan.

Perkara itu cerminan bantahan Amman terhadap “perang Israel yang (berterusan) membunuh orang yang tidak bersalah di Gaza”.

Kementerian itu memaklumkan utusannya hanya akan kembali jika Israel menghentikan peperangan (yang terus dilancarkan) ke atas wilayah yang terkepung itu selain mengarahkan Israel untuk memanggil semula dutanya yang berada di Jordan.

Tindakan (yang diambil) itu “agak penting secara diplomatik”, kata Alan Fisher dari Al Jazeera tetapi juga menjelaskan bahawa “ia tidak akan mengubah apa yang (sedang) dilakukan warga Israel yang berada di lapangan di Gaza.”

Perjanjian damai yang rapuh di antara Jordan dan Tel Aviv telah termeterai sejak 1994 dengan susulan insiden yang mengembalikan kira-kira 380 kilometer (236 batu) tanah Jordan yang diduduki Israel serta penyelesaian pertikaian air yang berlarutan.

Advertisement

Kali terakhir Jordan memanggil semula utusannya ke Israel adalah pada 2019 untuk membantah penahanan dua rakyatnya selama berbulan-bulan tanpa tuduhan.

Menurut pegawai kerajaan Palestin, perang hari ke-26 Israel-Gaza telah mengorbankan lebih 8,700 nyawa– termasuk lebih 3,000 kanak-kanak, mencetuskan tindak balas serantau yang teruk terutamanya di Jordan yang merupakan tempat menetap kira-kira tiga juta rakyat Palestin.

Sumber: Al Jazeera

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending