Connect with us

Terkini

Jongkong emas bagi manfaat pelaburan, bukan seleweng dana – Peguam Aman Palestin

Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) menjelaskan empat jongkong emas yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini adalah bagi manfaat pelaburan.

Wartawan TMT

Published

on

Jongkong emas bagi manfaat pelaburan, bukan seleweng dana - Peguam Aman Palestin
Foto: Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid (tengah).
  • Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) jelaskan empat jongkong emas dirampas SPRM baru-baru ini adalah bagi manfaat pelaburan.
  • Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata, dakwaan jongkong emas digunakan untuk seleweng dana sumbangan awam tidak benar.
  • Beliau berkata, jongkong emas itu suatu bentuk pelaburan dan ia dibenarkan berdasarkan kuasa diberikan Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.
  • “Dakwaan itu berniat jahat dan tidak benar sama sekali. Ada 16 kuasa diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin dan kuasa untuk melabur itu ada dalam pelbagai mekanisme.
  • “Ia tidak salah dan lagi pun emas itu bernilai dan berharga serta mudah untuk ditukarkan kepada tunai sebelum dihantar kepada mereka yang memerlukan bantuan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

BANGI – Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) menjelaskan empat jongkong emas yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini adalah bagi manfaat pelaburan.

Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata, dakwaan kononnya jongkong emas itu digunakan untuk menyeleweng dana sumbangan awam tidak benar sama sekali.

Beliau berkata, jongkong emas itu adalah suatu bentuk pelaburan dan ia dibenarkan berdasarkan kuasa yang diberikan Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

“Dakwaan itu berniat jahat dan tidak benar sama sekali. Ada 16 kuasa diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin dan kuasa untuk melabur itu ada dalam pelbagai mekanisme.

“Ia tidak salah dan lagi pun emas itu bernilai dan berharga serta mudah untuk ditukarkan kepada tunai sebelum dihantar kepada mereka yang memerlukan bantuan.

“Dakwaan itu meleset, tidak betul dan tidak berintegriti selain berniat jahat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, Aman Palestin sentiasa melakukan pengauditan setiap tahun dan kali terakhir dilakukan pada tahun 2021.

Malah, katanya, dokumen audit itu boleh dilihat menerusi laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebelum ini, SPRM mengesahkan berjaya merampas empat jongkong emas dalam siri serbuan di pejabat Aman Palestin pada 24 November lalu.

Menurut sumber, jongkong emas yang bergred 999.9 dan dirampas itu mempunyai berat satu kilogram setiap satu.

Turut dirampas termasuk tiga unit komputer riba dan juga empat unit telefon bimbit selain telah mula memanggil beberapa individu untuk keterangan mereka direkodkan.

SPRM sebelum ini mengesahkan sudah membekukan 41 akaun bank syarikat milik pertubuhan Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Siasatan awal SPRM mendapati, penyaluran dana awam kepada Aman Palestin ada yang digunakan untuk membeli aset atas nama syarikat proksi.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
  • “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
  • “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
  • Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.

“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.

Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.

Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.

Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.

Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.

Foto: Tangkap layar hantaran Dolly Dim Sum di Facebook.

Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).

Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.

Foto: Kenyataan dikeluarkan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending